Kenderaan elektrik (EV) mengurangkan pelepasan emisi karbon cuma namun di Malaysia peralihan kepada tenaga hijau itu masih belum dapat dilaksanakan sepenuhnya dan agak jauh ketinggalan.
Ini kerana kurangnya tawaran kemudahan pengecasan di seluruh negara. Rata-rata pemilik EV akan memiliki sebuah kenderaan konvensional untuk pemanduan jauh.
Walaupun tiada pengedar rasmi jenama Tesla di Malaysia, model EV itu dijual menerusi pembekal recond. Sebelum membeli model EV popular Amerika Syarikat itu tentunya ramai tertanya berapakah kos cas bagi isian penuh.
Seorang pengguna TikTok @abg.tesla berkongsi kos yang perlu dibayar bagi sekali cas penuh bateri Tesla.
Dia yang dikenali sebagai Khal Iltizam berkongsi banyak informasi berkaitan kenderaan elektrik tersebut antaranya mencari lokasi pengecasan, cara mengecas dan penyelenggaraan.
@abg.tesla
Menurutnya, terdapat beberapa lokasi yang menyediakan kemudahan pengecasan EV secara percuma misalnya di Ikea.
Menerusi satu video pendek, Khal berkongsi pengalaman cabaran mencari lokasi pengecasan di Skudai yang mana akhirnya dia menemui kemudahan JomCharge di stesen minyak Caltex.
“Di sini dia bekalkan pengecasan 50kW dan dia boleh masuk dalam 4200kW. Agak laju.
“Ratenya seminit RM1.20, kiranya seminit cas dalam satu peratus masuk, kalau 30 peratus anggaran dalam RM34 hingga RM40,” jelasnya.
Dianggarkan pengguna perlu membayar sekitar RM120 bagi sekali cas. Bagi model Tesla Model 3 (Performance) miliknya menawarkan perbatuan sejauh 500km bagi sekali isian penuh bateri.
“Kalau nak murah dan jimat, boleh cas di rumah dulu kerana Tesla turut memberikan alat pengecas yang boleh dilakukan sendiri di rumah,” katanya.
@abg.tesla Reply to @ss.shahmin @AdikJun_Kereta🚗🚗 Adik tanya, abg jawap.. 😬 berapa modal nak lasang cas sendiri? tengok video ni. #fyp #tesla #teslamodel3performance #khallegacy #carreview
Pemilik boleh memasang sendiri port pengecasan di rumah. Namun, perlu diketahui ada pelbagai jenis kabel pengecasan yang ditawarkan bagi kenderaan elektrik misalnya kabel jenis satu atau dua.
Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar