Treler ‘terhuyung-hayang’, lihat apa yang dilakukan pemandu kenderaan berat lain….

1516

Seorang pengguna TikTok @tobengshah berkongsi klip video yang menunjukkan sebuah treler dalam keadaan terhuyung hayang di lebuhraya PLUS.

Situasi mencemaskan itu dipercayai berlaku di laluan Bukit Tagar hingga ke Tanjong Malim dan menurut perakam kenderaan yang berada di belakang treler tersebut cuba membunyikan hon dan menyalakan lampu tinggi bagi menyedarkan pemandu.

@tobengshah

mencemaskan..dari bukit tagar hgga ke t.malim..terpksa escort sebab risau mmbahayakan pemandu2 lain#fypburungantu//

♬ Tiara – Raffa Affar



“Semua pakat hon, baspun datang hon nie ha, dia macam tak sedar lagi janganlah buat macam tu.

“Kalau dah tahap ni mengantuknya, parkingje kat susur masuk/keluar…biarlah disaman trafik daripada kita terbabit kemalangan,” tulisnya.

Di bahagian komen Tobeng Shah memberitahu lori tersebut hampir melanggar pembahagi jalan bahkan ada pemandu lori yang membunyikan hon dengan kuat dan cuba menghampiri di laluan bersebelahan namun sia-sia. 

Bagaimanapun, tindakan perakam video yang mengiringi lori berkenaan dari belakang perlu dipuji sehingga memastikan pemandu treler tersebut memasuki kawasan rehat dan rawat (R&R).

“Alhamdulillah dia masuk (R&R Tanjong Malim), sebab mula dia bagi signal kat susur Lembah Beringin..lega rasa ingat dia nak parking, tengok terus jalan,” tulisnya.

Video yang mendapat tontonan 1.3 juta itu juga menunjukkan kerjasama dan sikap tanggungjawab pemandu kenderaan berat dan bas yang mengiringi lori treler tersebut bagi mengelakkan kemalangan yang tidak diingini. 

“Terima kasih sahabat-sahabat lori dan bas terutama lori merah yang sanggup eskort sampai Tanjong Malim,” katanya. 

Menurut perakam, pemandu kenderaan berat perlu mencari kawasan R&R untuk menghentikan lori. Sekiranya mereka memakirkan kenderaan di laluan kecemasan bimbang akan disaman. 

Video itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen antaranya:

“Terbaik bang. Tanpa sedar abang dah selamatkan ramai nyawa termasuk nyawa driver.. Salute abang dan geng pilot darat.”

“Aku harap ada trafik nampk video ni. Kita tahan mengantuk untuk smpai rnr, nak tidur kat susur kene saman, harap faham abang-abang polis trafik.” 

“Bukan mudah bertugas sebagai pemandu kenderaan berat menghantar bekalan. Keletihan adalah musuh utama bagi kami.”

“Penah kena camni, dari Melaka sampai Pagoh, tapi pemandu mabok, berderau jantung nak motong sebab dia bawa melelong makan jalan.”

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

 

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here