Great Wall Motor buka anak syarikatnya di Malaysia, bakal lancar Ora Good Cat tidak lama lagi

1238

Selepas Thailand, Great Wall Motor kini menubuhkan anak syarikatnya di Malaysia dan membuat penampilan sulung di bawah jenama GWM (Great Wall Motor). 

Great Wall Motor Sales Malaysia Sdn Bhd ialah anak syarikat milik penuh Great Wall Motor Co Ltd, khusus untuk melaksanakan perniagaannya secara menyeluruh di pasaran Malaysia. 

Great Wall Motor memiliki enam jenama kereta membabitkan Haval, Wey, Ora, Tank, Great Wall Pickup dan Saloon yang menghasilkan sedan, SUV, “pick-up”, dan kenderaan dengan menggunakan tenaga baharu. 



Bakal lancar model CKD

Pengarah Urusan GWM Malaysia, Cui Anqi berkata, pihaknya meletakkan sasaran untuk menerokai pasaran tempatan, termasuk meningkatkan pelaburan dan menjalankan aktiviti pemasangan tempatan (CKD) melalui kerjasama Go Auto Group.

“GWM akan mendirikan rangkaian pengedar dan menawarkan khidmat selepas jualan, teknikal serta pusat alat ganti di Malaysia,” katanya.

Dengan tema “Go With Malaysia” bagi memperkenalkan jenama GWM, satu majlis perasmian yang gilang gemilang telah diadakan di Menara Binjai di Kuala Lumpur, pada hari ini.

Sehingga akhir tahun 2021, Great Wall Motor sudah menjual lebih daripada 11 juta kenderaan di seluruh dunia, dengan lebih daripada 1 juta kenderaan terjual bagi tempoh enam tahun berturut-turut. 

Walaubagaimanapun, syarikat berkeyakinan tinggi bahawa pasaran masih memiliki potensi dan permintaan yang memberangsangkan, bagi jenama berkenaan.

Penampilan sulung Ora Good Cat

Pada masa sama, kenderaan elektrik, Ora Good Cat membuat penampilan sulungnya secara rasmi. Kenderaan itu bakal dilancarkan di Malaysia pada suku keempat tahun ini yang mana difahamkan mampu dipandu sejauh 400 kilometer untuk setiap cas penuh.

Penampilan luarannya yang mewah dengan pilihan warna yang menarik dapat meningkatkan keupayaannya untuk mencetus “trend” baharu dalam industri automotif tempatan. 

Selain itu, laman web bagi Great Wall Motor Malaysia turut dilancarkan pada masa yang sama, memberikan Malaysia tambahan landasan untuk mengenali jenama itu.

Galeri Gambar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here