Mitsubishi Lancer Evo VI Tommi Makinen Edition paling mahal di dunia setakat ini!

1805

Kenderaan JDM terutama model-model berprestasi sentiasa menjadi buruan buat peminatnya. Tidak kira berapa harga yang ditawarkan, pastinya ada yang sanggup membayarnya walaupun harga tinggi.

Kegilaan memiliki kenderaan JDM, bukan sahaja hanya berlaku di Malaysia, tetapi pada peringkat global.

Sebagai contoh, Mitsubishi Lancer Evo VI Tommi Makinen Edition ini menjadi model yang paling mahal setakat ini.



Jentera itu dijual satu acara lelongan Silverstone Auction pada tahun lalu dengan harga £ 146,250 (mengikut mata wang terkini RM780,477).

Harga naik tiga kali ganda

Harganya naik tiga kali ganda, ini kerana pada 22 tahun lalu dijual pada harga RM193,289. 

Namun, jentera ini lebih mahal dan istimewa kerana ia memiliki nombor siri 001, selain kondisi yang terjaga rapi dan kelihat masih baharu.

Jarak perbatuannya hanya 17,703km dan masih lagi dalam keadaan standard serta mempunyai sejarah penyelenggaraan berkala yang mengikut jadualnya.

Sebelum ini, jentera itu melakukan ubah suai minimum pada enjin, tetapi diubah semula kembali kepada asal. Cuma sistem ekzos stainless steel yang masih lagi dikekalkan, namun yang asal turut diberikan kepada pemilik baru.

Daripada 250 unit yang diimport secara rasmi ke United Kingdom, 50 unit adalah warna merah dengan mempunyai pelekat seperti jentera lumba.

Enjin mampu salur 280PS

Jentera itu dilancarkan pada Disember 1999, ia dihasilkan bagi menyambut gelaran Kejohanan Rali Dunia (WRC) yang dirangkul oleh Tommi Makinen buat kali keempat berturut-turut.

Ia menggunakan enjin 2.0 liter turbo MIVEC yang mampu menyalurkan 280PS dengan tork setinggi 373Nm. Kuasa itu disalurkan ke transmisi lima kelajuan manual untuk menggerakkan keempat-empat rodanya.

Ciri lain yang ada pada jentera itu, rim aloi 17 inci yang diinspirasikan jentera rali Group-A, tempat duduk Recaro, stereng Momo, suspensi talaan khas dan banyak lagi.

Mitsubishi Lancer Evolution VI Tommi Makinen Edition

  • Nombor pendaftaran: X10 EVO
  • Nombor casis: CP9A0201151
  • Nombor enjin: 4G63BD2314
  • Pemilik: 2
  • Jarak pemanduan: 17,702 km
  • Nombor siri: 001

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here