Utama Berita Automotif “Kereta TikTok” bakal tiba, hasil kerjasama Seres, ByteDance & Volcano Engine

“Kereta TikTok” bakal tiba, hasil kerjasama Seres, ByteDance & Volcano Engine

3

Seres Group yang lebih terkenal sebagai pemilik jenama automotif Aito bakal memperkenalkan satu lagi jenama automotif baharu. 

Jenama tersebut bakal dikendalikan oleh sebuah syarikat baharu yang dinamakan sebagai Saidou Technology yang sebelum ini dikenali sebagai Chongqing Landian Technology.

Untuk syarikat kereta baharu ini, Seres akan bekerjasama dengan syarikat ByteDance (pemilik TikTok) dan platform AI, iaitu Volcano Engine. 

Menurut sumber yang dipetik oleh Lanjing Auto seperti yang dilaporkan oleh CarNewsChina, Saidou Technology sedang bersiap untuk melancarkan model pertama tahun ini. 

Model tersebut dijangka sebuah crossover dengan pilihan unit rangkaian kuasa elektrik sepenuh masa (EV) dan penambah jarak (range-extender). 

sekadar hiasan

Pengeluaran pula akan dibuat di kilang Seres Phoenix yang sedang dinaik taraf. 

Fokus utama jenama ini ialah golongan pengguna muda dan aktif serta pengalaman pengguna berasaskan kepintaran buatan (AI). 

Berbeza dengan Aito yang menggunakan sistem pemanduan pintar Huawei Qiankun, Saidou akan memanfaatkan kepakaran Volcano Engine dalam teknologi AI dan model bahasa besar. 

Namun begitu, Volcano Engine menegaskan mereka tidak akan terlibat dalam pembangunan pemanduan autonomi, sebaliknya hanya menyediakan sokongan awan dan infrastruktur. 

Selain Seres, beberapa jenama China lain seperti Leapmotor dan Xiaomi dijangka akan memperkenalkan sub-jenama baharu mereka pada tahun ini. 

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here