Utama Berita Automotif Kawasaki hidupkan semula era dua lejang menerusi KX327 & KX327X (2027)

Kawasaki hidupkan semula era dua lejang menerusi KX327 & KX327X (2027)

4

Siapa sangka, enjin dua-lejang membuat kemunculan semula dalam era moden setelah ia lenyap ditelan arus zaman suatu ketika dulu. 

Inisiatif tersebut dihidupkan semula oleh Kawasaki menerusi pengenalan dua model baharu, iaitu KX327 dan KX327 (2027). 

Kedua-dua model ini menggunakan asas rangka daripada KX450, namun dengan kapasiti enjin yang lebih kecil menjadikan berat keseluruhan turun kepada 106 kg. 

Model baharu ini turut dilengkapi dengan tangki bahan api sebesar 8.3 liter, lebih besar berbanding tangki bahan api pada model empat-lejang 250 dan 450. 

Varian cross-country KX327X mungkin sedikit berat kerana ia didatangkan dengan kelengkapan ekstra seperti transmisi 6-kelajuan, skid plate, pelindung tangan dan perlindungan tambahan. 

Nadi utama kedua-dua jentera ini ialah enjin dua-lejang serba baharu dengan sistem suntikan bahan api dan kawalan elektronik yang menjanjikan karakter yang mudah dikawal.
 
Selain enjin baharu, Kawasaki turut menyebut tentang sistem injap ekzos baharu bagi meningkatkan respons pendikit dan penyampaian kuasa. 
 
Tidak seperti KX327X yang hadir dengan transmisi 6-kelajuan, KX327 pula didatangkan standard dengan kotak gear 5-kelajuan untuk kegunaan trek motocross. 
 
Kedua-dua model didatangkan dengan sistem permulaan elektrik, dua mod kuasa, serta sambungan kepada telefon pintar untuk penukaran tetapan, muat turun log tunggangan dan akses maklumat penyelenggaraan. 
 
Aspek gantungan pula terdiri daripada fork terbalik 48 mm Air-Oil Separate dengan larasan mampatan dan lantunan diikuti dengan sistem uni-trak dengan parasan mampatan kelajuan tinggi/rendah, lantunan dan pra-beban. 
 

KX327 dilengkapi dengan gandingan rim 21 inci depan/19 inci belakang, sementara KX327X pula mendapat tetapan rim 18 inci belakang. 

Harga jualan di pasaran Amerika Syarikat bermula dari US$9,099 (RM36,351) untuk varian asas, manakala KX327X pula dijual pada harga US$9,699 (RM38,748). 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here