Kawasaki KLX 230S & KLX 230SM lancar, harga mula RM23k

39

Modenas baru-baru ini memperkenalkan Kawasaki KLX 230S dan KLX 230SM serba baharu ke pasaran tempatan.

Sudahpun berada di pusat jualan bermula Oktober, berikut harga rasmi kedua-dua motosikal dwi sukan berkenaan :

  • KLX 230S : RM23,000
  • KLX 230SM : RM23,600 

BERIKUT SPESIFIKASI YANG DITAWARKAN

KLX 230

Kawasaki KLX230S telah lama dikenal sebagai salah satu motor dual-sport atau trail yang tangguh dan ideal untuk kegunaan harian mahupun off-road.

Dengan perpaduan antara ketahanan enjin dan dimensi yang lincah, KLX230S menawarkan pengalaman tunggangan yang menyenangkan.

  • Menggunakan enjin 233cc penyejukkan udara SOHC berkuasa 13.2 kW @ 8,000rpm dan tork 18.0Nm @ 6,400 rpm bersama transmisi 6-kelajuan.
  • Gerek dan lejang (67.0 x 66.0 mm) menunjukkan karakter mesin yang cenderung square (mendekati perbandingan 1:1), memberikan keseimbangan antara tork dan pusingan atas.
  • KLX230 dibangun di atas casis yang kukuh dan memiliki travel suspensi yang panjang, merupakan ciri khas motor trail sejati. Kaki bahagian hadapan menggunakan suspensi fork teleskopik 37mm dengan travel uni trak serta pra beban boleh laras dan travel .
  • Brek depan pula menggunakan cakera tunggal jenis petal 265mm dengan kaliper tunggal dan cakera brek 220mm di belakang.
  • Berat hanya 133kg, menjadikannya sangat lincah dan mudah untuk diangkat saat terjatuh di medan off-road.
  • Swingarm aluminium baru dan master silinder brek belakang yang lebih ringan menyumbang kepada pengurangan berat 1.2kg (berbanding model sebelumnya).
  • Jarak roda 1,365mm, memberikan keseimbangan antara stabiliti kelajuan tinggi dan kelincahan di selekoh lalu dibantu dengan jarak kelegaan tanah 240mm serta tinggi pelana 845mm.
  • Kapasiti tangki minyak 7.6 liter, cukup untuk petualangan jarak dekat hingga menengah.
  • Pelana juga kini lebih tebal dan uretan yang lebih keras memberikan keselesaan yang lebih baik, terutama tunggangan jauh.
  • Pembaharuan bar hendal kini memiliki pilihan mengaktifkan/nyahaktifkan ABS brek depan dan belakang.
  • Sub frem belakang baharu membuat garis motor lebih rendah, membantu penunggang menjejakkan kaki ke tanah dengan lebih mudah.
  • Gaya KLX230 yang baru terinspirasi dari model motocross Kawasaki, KX450 dan KX250.
  • Motor ini memiliki tampilan depan yang lebih ramping, lampu depan yang ringkas, dan rekaan pelana dua tona warna untuk tampilan yang lebih moden.
  • Lampu depan LED ringkas yang ramping menghasilkan pencahayaan terang.
  • Konektiviti telefon pintar memudahkan pemilik untuk mengakses informasi dan fungsi motosikal dengan mudah.
KLX 230SM

KLX 230SM memasuki pasaran sebagai varian supermoto untuk penunggang bandar yang mengidamkan ketangkasan dan ketepatan di jalan raya.

Dibina di atas platform yang sama, ia dilengkapi roda 17 inci, tayar yang berfokuskan jalan raya, dan suspensi talaan sukan untuk pengendalian yang lebih tajam dan kehadiran di jalan yang lebih dominan.

Direka untuk gerakan lincah dan kawalan yang yakin, KLX 230SM menambah keseronokan supermoto kepada barisan Kawasaki di Malaysia.

Untuk keselesaan tunggangan suspensi depan menggunakan fork terbalik 37mm bersama travel 188mm dan uni trak dengan pra beban boleh laras dan travel

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here