JPJ Perlis sita Nissan GTR R35 milik ahli perniagaan

3796

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Perlis menyita Nissan GTR R35 milik ahli perniagaan dari Kedah kerana cukai jalan dan perlindungan insurans tamat tempoh sejak Mei lalu.

Pengarah JPJ Perlis, Noraini Mohd Nawi berkata pihaknya menahan kereta dengan nilai anggaran semasa kira-kira RM350,000 milik lelaki berusia 40-an itu di Jalan Chuping-Padang Besar semasa rondaan Op Luxury kira-kira 4 petang semalam.

“Difahamkan lelaki itu ke Perlis kerana mempunyai urusan di Padang Besar dan mendakwa tidak sedar cukai jalan kereta tersebut tamat tempoh,” katanya.

Sementara itu, Noraini berkata pihaknya menyita 80 kenderaan termasuk tujuh kenderaan mewah dari 1 Januari hingga setakat ini, atas pelbagai kesalahan seperti cukai jalan tamat tempoh dan tiada perlindungan insurans serta pemandu tiada lesen memandu.

Beliau berkata tujuh kenderaan mewah terlibat ditahan dalam Op Luxury bermula 1 Ogos yang menumpukan kepada kenderaan mewah melakukan pelbagai kesalahan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan Kaedah-Kaedah Pengangkutan Jalan.

Dalam pada itu, Noraini berkata JPJ Perlis mengeluarkan Notis 114 kepada 60 kenderaan perdagangan kerana tiada Slip Pengesahan Kefungsian Speed Limitation Device (SLD) dari 1 Oktober hingga semalam.

“JPJ Perlis menyeru semua pemilik kenderaan termasuk kenderaan mewah untuk memastikan dokumen kenderaan sentiasa dikemas kini dan tidak menunggu hingga dikenakan tindakan penguatkuasaan,” katanya.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here