20 ribu pemilik Nissan Leaf di Amerika dinasihat tidak gunakan pengecas DC

22

Agensi National Highway Traffic Safety Administration (NHTSA) menasihatkan hampir 20 ribu pemilik Nissan Leaf untuk tidak menggunakan pengecasan pantas DC buat sementara waktu.

Ini kerana terdapat kemungkinan bateri lithium-ion yang dipasang pada model tahun 2021 dan 2022 itu menjadi terlebih panas semasa menggunakan pengecasan pantas dan meningkatkan risiko kebakaran.

Menurut Nissan, perkara ini boleh jadi disebabkan oleh pembentukan mendapan lithium berlebihan di dalam sel yang mampu meningkatkan tahap rintangan elektrik di dalam bateri.

Dengan menggunakan pengecasan pantas DC, tahap rintangan elektrik yang meningkat itu mampu mengakibatkan pemanasan bateri yang pantas, sekaligus menyebabkan kebakaran.

Isu ini melibatkan model Leaf yang dilengkapi dengan pek bateri berkapasiti 40 dan 62 kWh.

Disebabkan itu para pemilik Leaf yang terjejas dinasihatkan supaya tidak menggunakan pengecas DC sehinggalah penyelesaian ditemukan.

Nissan turut dilapor akan membangunkan perisian baharu yang mampu menghalang pek bateri daripada terbakar.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here