Nissan Leaf jentera 100% elektrik

1277

Edaran Tan Chong Motor (ETCM) menonjolkan model Nissan Leaf di Pameran Motor Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIMS).

Nissan Leaf merupakan jentera 100% elektrik yang direka semula sepenuhnya. Ia merupakan rekaana yang menggabungkan pelbagai aspek dengan rekaan baru yang dinamik dan teknologi-teknologi termaju.

Ia hadir dengan e-powertrain termaju yang dilengkapi dengan pek bateri 40 kWh Lithium-Ion baharu.



Jentera itu kini berupaya menawarkan jarak pemanduan sehingga 400km dengan sekali caj. Manakala output kuasa 110kW dan tork 320Nm pula menambah baik aspek pecutan serta keseronokan memandu.

Nissan LEAF menampilkan teknologi pemanduan berautonomi ProPILOT yang digunakan sewaktu memandu di laluan tunggal di lebuh raya.

Apabila diaktifkan, ia akan mengikut kenderaan di hadapan berdasarkan kepada jarak yang telah ditetapkan sebelumnya.

Ia juga memastikan anda berada di tengah-tengah lorong pemanduan walaupun ketika berada di selekoh.

Sistem ini juga mampu menghentikan kenderaan sepenuhnya, bergantung kepada keadaan trafik dan mengambil kelajuan apabila trafik kembali bergerak.

Satu lagi sistem berteknologi yang turut hadir pada Nissan Leaf ialah e-Pedal. Sistem ini membolehkan pemandu memecut, memperlahankan kenderaan, berhenti dan menetapkan kedudukan kenderaan dengan hanya menggunakan pedal minyak sahaja.

Rekaan luaran Nissan LEAF Serba Baharu menampilkan profil yang rendah serta kemas, sekali gus memberikannya rupa yang tajam dan dinamik.

Ia hadir dengan reka bentuk aerodinamik terbaik yang terdiri daripada gayaannya terdiri daripada lampu utama signatur berbentuk boomerang dan rekaan V-motion menyerlahkan lagi bahagian hadapan.

Turut hadir bersama gril berwarna biru cerah dan kemasan biru pada bampar belakang yang menyerlahkan lagi reka bentuk futuristik pada kenderaan ini.

Manakala pada bahagian dalamannya pula ia dilengkapi dengan panel hadapan baharu berbentuk ‘gliding wing’. Ia memberikan pandangan yang dinamik kepada pemandu.

Sementara jahitan berwarna biru pada tempat duduk, papan pemuka dan stereng telah disepadukan sebagai simbol kenderaan Elektrik Nissan.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here