Hyundai Santa Fe Generasi ke-4

1266

Hyundai Santa Fe generasi keempat ditonjolkan di Pameran Motor Antarabangsa Kuala Lumpur 2018 (KLIMS) yang bermula pada 23 November sehingga 2 Disember.

Santa Fe boleh didapati dalam dua varian iaitu varian Executive dan varian Premium.



Ia dikuasakan oleh dua pilihan enjin iaitu enjin petrol Theta II 2.4 dengan transmisi 6-kelajuan dan enjin diesel R2.2 dengan transmisi 8-kelajuan pertama di Malaysia.

Reka bentuk aerodinamik pada Santa Fe ini menyerlahkan lagi ciri-ciri mewah dan lasak pada jentera itu.

Ia dilengkapi dengan gril yang besar pada bahagian hadapan diikuti dengan lampu LED DRL yang tirus diatas unit lampu utama LED.

Manakala pada bahagian belakang juga turut menerima pembaharuan dari segi lampu. Lampu belakang menerima sentuhan baru dengan grafik bentuk C yang Nampak seperti rekaan 3D.

Bahagian dalaman juga menerima sentuhan baharu daripada Hyundai dan menjadi penanda aras kepada reka bentuk keluaran Hyundai generasi baru.

Reka bentuk ergonomik dan kelengkapan moden dapat membantu pengalaman pemanduan. Antara yang melengkapi ruang kabin itu termasuklah skrin sesentuh bagi sistem infotainment.

Selain itu,  ia turut dilengkapi dengan kerusi yang boleh dilipat di barisan kedua. Ia dapat memudahkan penumpang bergerak ke tempat duduk di bahagian belakang.

Bagi ciri keselamatan pula , Santa Fe dilengkapi dengan ciri keselamatan standard seperti enam sistem beg udara, sistem Vehicle Stability Management (VSM), Downhill Brake Control (DBC) dan Electric Parking Brake (EPB).

Hyundai Santa Fe baharu ini dijangkakan berharga RM188,000 dan sudah boleh ditempah dengan pengedar-pengedar sah diseluruh negara.  

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here