
Hyundai Motor Malaysia menekankan kedudukan jenama ‘Smart Premium’ hasil tinjauan perniagaan dan hala tuju mereka bagi tahun 2026.
Ini termasuk penambahbaikan perkhidmatan selepas jualan di bawah myHyundaiCare, serta perluasan rangkaian untuk pengalaman pemilikan ‘hujung-ke-hujung’ yang lebih berkesan.

Jenama itu juga mengumumkan kemunculan sulung bahagian prestasi Hyundai N di Malaysia melalui pengenalan model IONIQ 5 N dan IONIQ 6 N – menandakan lembaran baharu yang berkuasa dalam penawaran prestasi Hyundai.
Tinjauan Perniagaan dan Fokus Strategik 2026
Melangkah ke hadapan, Hyundai merangka pelan hala tuju jelas untuk tahun 2026 dipacu pertumbuhan mampan, titik sentuh pelanggan lebih kuat dan pengalaman pemilikan dipertingkatkan.
“Untuk tahun ini, antara cita-cita utama kami adalah memperkukuh Hyundai sebagai jenama ‘Smart Premium’.
“Kami mahu menjadi pilihan lebih bijak bagi pelanggan yang mencari keseimbangan sempurna antara praktikaliti, kebolehpercayaan, keselesaan, inovasi, reka bentuk moden dan kualiti premium.
“Model kereta kami merangkumi semua itu namun tetap kekal mampu dimiliki,” kata Jahabarnisa Haja Mohideen, Pengarah Urusan Hyundai Motor Malaysia.

Bagi merealisasikan visi ini, Hyundai memberi tumpuan kepada perluasan rangkaian dan meningkatkan pengalaman pelanggan secara keseluruhan di seluruh negara.
- Perluasan Rangkaian Hyundai berada di landasan yang tepat untuk mencapai sasaran 25 cawangan di seluruh negara menjelang akhir tahun 2026, termasuk perluasan liputan di Malaysia Timur.
- Dengan 12 cawangan yang beroperasi buat masa ini, jenama itu menandatangani Surat Hasrat (LOI) dengan lima rakan kongsi baharu pada tahun 2025, dan satu lagi pada awal tahun ini.
- Perluasan ini akan memberikan akses dan liputan perkhidmatan lebih baik kepada pelanggan di seluruh negara.
- Meningkatkan Pengalaman Pemilikan melalui myHyundaiCare menerusi perjalanan pemilikan yang holistik, kekal menjadi keutamaan di bawah myHyundaiCare.
Inisiatif utama termasuk:
- Mengurangkan kos pemilikan keseluruhan melalui sokongan servis dan penyelenggaraan yang disemak semula untuk model semasa dan lama.
- Pengurangan kos bateri hibrid, dan pemudahan penggantian bateri di mana hanya modul yang terjejas akan diganti, bukannya keseluruhan pemasangan bateri.
- Program ‘Before Service’ (pemeriksaan kenderaan percuma) dan kempen servis musim perayaan untuk perjalanan lebih selamat.
- Pasukan sokongan teknikal mudah alih untuk membantu pengedar dan pelanggan di kawasan yang memerlukan.
- Klinik servis dan bengkel pemilik untuk membina keyakinan dan pengetahuan produk.
- Penerusan perlindungan waranti 8-tahun / 160,000 km.
- Melindungi nilai kenderaan Hyundai melalui Pelan Perlindungan Hyundai, yang disokong oleh rakan insurans termasuk Allianz, Berjaya Sompo, Etiqa General Takaful, Takaful Ikhlas dan Tokio Marine.
- Ketersediaan alat ganti yang ditambah baik melalui gudang pengedaran alat ganti di Glenmarie, Shah Alam – terutamanya bagi alat ganti pantas (fast-moving parts) yang mendapat permintaan tinggi.
Pratonton Produk dan Jenama untuk 2026
Hyundai terus memperbaharui barisan modelnya untuk memenuhi keperluan pelanggan yang sentiasa berubah.

Memperkenalkan STARIA 10-tempat duduk pada Januari dengan ciri dipertingkatkan untuk keselesaan dan kegunaan harian keluarga, pemilik perniagaan, dan gaya hidup aktif.
Model pemasangan tempatan (CKD)
TUCSON baharu dan SANTA FE serba baharu akan dilancarkan pada suku kedua tahun ini, sekali gus memperkukuh komitmen jangka panjang jenama untuk memberikan nilai lebih besar kepada pelanggan di Malaysia.
Ketibaan Hyundai N – jenama berprestasi tinggi Hyundai.
Dengan IONIQ 5 N dan IONIQ 6 N yang bakal membuat debut di Malaysia, pelanggan boleh menantikan pengalaman prestasi elektrik yang diinspirasikan warisan sukan permotoran Hyundai.

Hyundai juga akan memperluas penawarannya dengan B-MPV baharu, menambah kepelbagaian dalam barisan modelnya.
Program Rujukan ‘STARIA All-Star’
Hyundai Motor Malaysia juga memperkukuh hubungan dengan pelanggan melalui inisiatif penglibatan yang bermakna, bermula dengan Program STARIA All-Star.

Ini adalah inisiatif rujukan membolehkan pelanggan berkongsi pengalaman Hyundai dengan rakan dan keluarga sambil menikmati ganjaran.
Perujuk menerima kredit servis sebanyak RM500
Pelanggan baharu menikmati penjimatan sebanyak RM1,500 di atas promosi sedia ada.
Hyundai STARIA juga dinamakan sebagai MPV ICE of the Year di Anugerah Malaysian Car of the Year 2025.
“Lebih daripada segalanya, kami fokus membina hubungan bermakna dengan pelanggan.
“Hyundai berada di sini untuk jangka masa panjang, sentiasa di sisi anda,” kata Eric Lee, Presiden Hyundai Motor Malaysia.

Dengan asas lebih kukuh, rangkaian semakin luas dan ekosistem pemilikan berkembang, Hyundai kekal komited terhadap pelaburan jangka panjang dan pertumbuhan mampan di Malaysia.
Syarikat itu juga akan terus menyampaikan produk dan pengalaman yang menawarkan nilai serta keyakinan yang lebih besar kepada pemandu di Malaysia.
Untuk maklumat lanjut, sila layari https://www.hyundai.com/my/en.






























