Hyundai Santa Fe, Tucson dan Kona Black Exterior untuk Korea, hiasan hitam, spesifikasi dipertingkat

62

Hyundai Motor Company melancarkan model 2026 untuk Hyundai Santa Fe dan Hyundai Tucson bersama dengan pakej rekaan baharu Kona Black Exterior

Kedua-dua model Santa Fe 2026 dan Tucson 2026 kini tampil dengan daya saing produk yang lebih tinggi

Hyundai menjadikan spesifikasi pilihan pelanggan sebagai ciri standard serta penambahan varian baharu dan pakej pilihan yang meningkatkan praktikaliti.

Hyundai Santa Fe 2026: Peningkatan Keselamatan dan Kemudahan 

Hyundai Santa Fe 2026 kini lebih canggih dari segi keselamatan dan kemudahan pelanggan.

Varian asas Santa Fe Exclusive kini dilengkapi standard dengan ciri-ciri seperti:

  • Amaran Haptik Penukar Gear
  • Skrin melengkung panoramik
  • Skrin meter LCD berwarna 12.3 inci

Santa Fe H-Pick

Selain itu, Santa Fe 2026 didatang bersama varian baharu yang dinamakan H-Pick.

Varian ini dilengkapi dengan spesifikasi yang popular di kalangan pelanggan.

Santa Fe H-Pick menawarkan pengalaman pemanduan yang selesa dengan ciri standard tambahan kepada varian Prestige Plus sedia ada:

  • Kunci Digital 2
  • Tempat duduk pemandu Ergo Motion
  • Tempat duduk keselesaan premium hadapan
  • Tempat duduk balutan kulit asli
  • Stereng boleh laras elektrik (tilt & telescopic)

Santa Fe Black Exterior

Hyundai juga menambah pilihan pelanggan dengan memperkenalkan pakej Black Exterior untuk Santa Fe.

Pakej ini menampilkan warna hitam pada gril radiator, plat pelindung bawah, kemasan bampar, hiasan sisi dan emblem.

Pakej Black Ink Plus

Pakej Black Ink Plus pula menambah pemijak sisi hitam dan lampu pintu khas kepada pakej Black Ink sedia ada.

Kedua-dua pilihan Black Exterior dan Black Ink Plus masing-masing tersedia pada varian H-Pick dan Calligraphy.

Harga jualan Santa Fe 2026 adalah seperti berikut:

Santa Fe Petrol 2.5 Turbo

  • Exclusive: 36.06 juta won (RM 110,486.39)
  • Prestige: 38.89 juta won (RM 119,101.99)
  • H-Pick: 41.5 juta won (RM 127,120.47)
  • Calligraphy: 44.84 juta won (RM 137,422.56)

Santa Fe Hybrid 2026

Varian 2WD:

  • Exclusive: 39.64 juta won (RM 121,438.27)
  • Prestige: 42.47 juta won (RM 130,123.00)
  • H-Pick: 45.08 juta won (RM 138,157.06)
  • Calligraphy: 48.07 juta won (RM 147,301.78)

Varian 4WD:

  • Exclusive: 42.84 juta won (RM 131,257.48)
  • Prestige: 45.67 juta won (RM 139,942.22)
  • H-Pick: 48.28 juta won (RM 147,976.28)
  • Calligraphy: 51.27 juta won (RM 157,120.99)

Hyundai Tucson 2026: Kelengkapan Asas yang Menyeluruh

Hyundai Tucson 2026 kini datang standard dengan pelbagai ciri keselamatan dan kemudahan.

Tucson Modern

Varian asas Tucson Modern, dilengkapi ciri keselamatan seperti:

  • Amaran perlanggaran sisi belakang (semasa memandu)
  • Bantuan mengelak perlanggaran sisi belakang (semasa keluar ke hadapan)
  • Bantuan mengelak perlanggaran lintasan belakang
  • Amaran keluar selamat

Ciri kemudahan lain yang digemari pelanggan turut menjadi perkakasan standard pada varian Modern:

  • Stereng kulit (termasuk fungsi pemanas)
  • Tempat duduk hadapan dengan pemanas
  • Tingkap kuasa keselamatan penumpang
  • Fungsi Afterblow (mencegah pertumbuhan kulat dan bakteria)

Tucson H-Pick 2026

Varian Tucson H-Pick 2026 telah dipertingkatkan dengan ciri-ciri yang memberikan pengalaman pemanduan selamat dan selesa.

Ini termasuk penambahan kepada varian Premium:

  • Bantuan mengelak perlanggaran hadapan (kenderaan melintas/kenderaan datang dari depan)
  • Kawalan Jelajah Pintar (termasuk fungsi berhenti-dan-jalan)
  • Amaran Penumpang Belakang Lanjutan (dvanced Rear Occupant Alert)
  • Bantuan Pemanduan Lebuh Raya
  • Tempat duduk kuasa pemandu/penumpang
  • Tempat duduk barisan kedua dengan pemanas

Tucson Black Exterior

Selain itu, Hyundai menawarkan Tucson 2026 dengan pakej Black Exterior yang merangkumi bampar depan dan belakang berwarna hitam, plat pelindung bawah depan dan belakang, rim 19 inci khas, DLO (Day Light Opening) iaitu kemasan bingkai tingkap dan perumah cermin sisi luar.

Harga jualan Tucson 2026 adalah seperti berikut:

Tucson Petrol 1.6 Turbo:

  • Modern: 28.05 juta won (RM 85,928.98)
  • Premium: 30.69 juta won (RM 94,008.06)
  • H-Pick: 31.56 juta won (RM 96,664.84)
  • Inspiration: 34.07 juta won (RM 104,402.04)

Tucson Hybrid 1.6 Turbo:

  • Modern: 32.7 juta won (RM 100,165.49)
  • Premium: 35.14 juta won (RM 107,639.23)
  • H-Pick: 35.97 juta won (RM 110,192.36)
  • Inspiration: 38.61 juta won (RM 118,271.44)

Varian Tucson N Line pula berharga 34.91 juta won (RM 106,975.09) untuk varian petrol 1.6 turbo dan 39.25 juta won (RM 120,249.20) untuk varian hibrid 1.6 turbo. 

Kona Black Exterior 

Hyundai Motor Company turut menambah pilihan pelanggan dengan menawarkan pakej Black Exterior untuk varian tertinggi Kona Inspiration.

Pakej ini menampilkan pendakap warna badan, kemasan gril radiator, plat pelindung bawah, spoiler dan emblem dalam kemasan hitam.

Tawaran istimewa

Sempena pelancaran model 2026 Santa Fe, 2026 Tucson dan Kona Black Exterior, Hyundai Motor Company menawarkan insentif menarik untuk pelanggan di Korea.

Pelanggan yang membeli Santa Fe, Tucso, atau Kona dengan pakej Black Exterior dari Khamis, 7 Ogos, hingga Jumaat, 22 Ogos, akan menerima baucar lapisan perlindungan (coating) premium bernilai sehingga 600,000 won (RM 1,836.60).

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here