Utama Berita Automotif Tesla Model 3 ‘bajet’ di Korea Selatan, harga serendah RM110k

Tesla Model 3 ‘bajet’ di Korea Selatan, harga serendah RM110k

8

Tesla memperkenalkan Model 3 versi bajet untuk Korea Selatan, yang bakal menjadi permulaan kepada strategi harga pasaran Asia yang lebih meluas.

Model 3 varian Standard itu dijual pada harga KRW41.99 juta (RM141,000) yang mana bawah CNY 180,000 (RM110,000) selepas subsidi kerajaan bahkan dilaporkan sebagai harga terendah di dunia untuk sebuah Tesla baharu.

Model bajet ini menawarkan potongan harga besar berbanding versi Long Range Rear-Wheel Drive sedia ada di Korea Selatan yang dijual pada harga KRW 52.99 juta (RM178,000). Ini mewujudkan perbezaan harga sekitar RM32,000 antara versi standard dan versi bajet.

Memandangkan kenderaan tersebut dikilangkan di Gigafactory Shanghai, pelancarannya di tanah besar China dijangka akan berlangsung tidak lama lagi. Penganalisis meramalkan harganya mungkin jauh lebih rendah setelah kos logistik dihapuskan.

Untuk mencapai harga mampu milik tersebut, beberapa spesifikasi dikurangkan berbanding versi standard:

  • Jarak tempuh kini menjadi 382km berbanding 583km (pengurangan sebanyak 200 km).
  • Pecutan 0-100kmj kini 6.2 saat berbanding 5.2 saat.
  • Hanya satu pilihan tersedia iaitu rim 18 inci.
  • Tempat duduk menggunakan fabrik (bukan kulit) dan hanya tersedia dalam warna hitam.
  • Stereng dan tempat duduk hadapan kini menggunakan pelarasan manual (dahulunya elektrik).
  • Skrin hadapan kehilangan fungsi radio, manakala skrin belakang 8 inci dan kawalan suhu bebas di belakang tidak ditawarkan.
  • Jumlah pembesar suara dikurangkan daripada sembilan kepada tujuh.
  • Tiada lagi lampu ambien, fungsi pengudaraan pada tempat duduk dan pemanas tempat duduk belakang. 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here