Pekerja stesen minyak guna wang kertas korek gigi, netizen “keep the change”

336

Seorang pengguna media sosial berasa ‘geli’ apabila melihat seorang pekerja stesen minyak menggunakan wang kertas untuk mengorek gigi.

Video yang tular itu menunjukkan pekerja tersebut berdiri di tepi pam minyak sambil mengorek gigi menggunakan wang kertas yang dilipat.

“Tu dia, duit orang bayar minyak duk buat korek gigi pula, Astaghfirullah, bertaubatlah .



“Sat lagi duit tu hang nak pergi letak dalam mesin wang. Oh my god. Weh, ni muka macam siapa?. Cuba teka muka macam siapa. Kawan siapa ni?,” tulis wanita itu.

Video itu mendapat tontonan lebih daripada 66,000 di TikTok dan kebanyakan netizen tidak berpuas hati dengan tindakan pekerja tersebut.

“Selalu dapat duit bau bankje. Kalau ini macam tak tahu bau apa.”

“Trauma pulak nak ambil baki selepas ni.”

 

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here