Pemilik kongsi 4-sebab guna Lamborghini Urus, servis standard hanya RM1k+

888
Lamborghini Urus pertama kali diperkenalkan pada 2017. Urus merupakan SUV 5-pintu pertama Lamborghini dan SUV kedua dalam sejarah jenama berkenaan selepas LM002.
 
Urus menggunakan banyak komponen jenama automotif yang bernaung di bawah Volkswagen Group misalnya Audi Q7, Porsche Cayenne, Audi Q7 dan Volkswagen Touareg.
 
 
Berapakah kos minyak dan servis Lamborghini Urus?. Seorang pengguna media sosial, Abdul Rahim berkongsi pengalaman pemilikan Lamborghini Urus.
 
Berdasarkan perkongsian di akaun Facebook miliknya, sebelum memiliki SUV berkenaan dia menggunakan BMW 320i. 
 
Bagaimanapun, sedan berkenaan tidak digunakan lagi sejak membeli Lamborghini Urus. Pemilik kedai komputer riba, IMIKA Malaysia itu memilih Urus untuk kegunaan urusan kerja.
 
 
Menerusi hantaran tersebut dia berkongsi 4-sebab memilih Lamborghini Urus iaitu:
  • Faktor cuaca dan jalan raya: Ini merupakan satu – satunya model Lamborghini yang mampu membawa saya mengelilingi Semenanjung Malaysia untuk urusan kerja
  • Keselesaan dan ciri keselamatan: Hampir sama dengan SUV milik saya sebelum ini, Volvo XC90
  • Minyak: Urus boleh menggunakan minimum RON 95 bagi pemanduan harian, satu tangki penuh RM160 boleh dipandu sejauh 550km dari Ipoh hinggalah ke Johor Bahru
  • Alat ganti: Urus adalah kacukan Itali, Jerman, jadi kebanyakan alat ganti dikongsi bersama Audi dan Volkswagen. Maka penyelenggaraan boleh dikira rendah berbanding adik beradik lain

Ahli perniagaan itu turut berkongsi kos servis standard Urus iaitu RM1,141 melibatkan penyelenggaraan:

  • Mobil 1 Gold 0W-40 (10L): RM900
  • Penapis minyak V6: RM120
  • Oil sum washer: RM15
  • Servis minor 10,000km: RM106

Lamborghini Urus menggunakan enjin 4.0 liter biturbo V8 menghasilkan kuasa 641hp dan tork 840Nm.  Pecutan 0-100kmj dicapai dalam tempoh 3.6 saat dengan kelajuan maksimum 305kmj.



APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here