Berminat miliki HR-V HEV?, ini kos penyelenggaraan 5-tahun pemilikan…

1654

Malaysia satu-satunya negara rantau Asean yang menawarkan tiga varian enjin untuk Honda HR-V generasi baharu yang dilancarkan tahun lalu.

HR-V generasi baharu berkongsi platform dengan City Hatchback yang didatangkan dengan pilihan enjin:

  • 1.5 liter NA DOHC i-VTEC 4-silinder
  • 1.5 liter VTEC turbo
  • 1.5 liter e:HEV hybrid



Di Malaysia, pemilik jenama H berada dalam kasta yang berbeza. Tidak hairan ada yang bergaji di bawah RM3,000 berangan memiliki kenderaan dengan tagline ‘The Power of Dreams’ itu. 

Ibarat kata pepatah ‘biar papa asal bergaya’. Selain daripada bayaran ansuran bulanan, pemilik juga perlu memperuntukkan sejumlah wang bagi penyelenggaraan SUV tersebut.

Sekiranya anda memilih varian hibrid, bagaimana pula dengan kos penyelenggaraan?. Bagi 1,000km pertama, Honda Malaysia menawarkan pemeriksaan percuma.

Pemeriksaan komponen pada bulan pertama atau 1,000km melibatkan minyak enjin, cecair ATF, drain plug washer, minyak brek dan coolant. 

Di bawah ini kos penyelenggaraan Honda HR-V yang kami peroleh menerusi laman web rasmi Honda Malaysia.

  1. Servis 10,000km (RM256.47)

Pada tahun pertama, apabila perbatuan mencapai 10,000km pemilik perlu memperuntukkan sebanyak RM256.47.

Pada servis pertama melibatkan penggantian:

  • Minyak enjin + drain plug washer : RM135.31
  • Pemeriksaan brek: RM9.86
  • Caj buruh: RM105
  • Caj SST: RM6.30

Pada servis 10,000km, pemeriksaan komponen lain termasuklah pembersih udara, cecair ATF, minyak brek, coolant dan penapis habuk dan debunga.

Perlu diingatkan anda perlu membayar kos yang sama apabila mencapai perbatuan 50,000km dan 70,000km.

2. Servis 20,000km (RM307.05)

Pada tahun pertama, apabila perbatuan mencapai 10,000km pemilik perlu memperuntukkan sebanyak RM307.05

Servis ini melibatkan penggantian:

  • Minyak enjin + drain plug washer :RM135.31
  • Penapis minyak pelincir: RM34.68
  • Pemeriksaan brek: RM9.86
  • Caj buruh: RM120
  • Caj SST: RM7.20

Pada servis 20,000km, pemeriksaan komponen lain termasuklah pembersih udara, cecair ATF, minyak brek, coolant dan penapis habuk dan debunga.

Perlu diingatkan anda perlu membayar kos yang sama apabila mencapai perbatuan 40,000km dan 80,000km.

3. Servis 30,000km (RM531.55)

Pada kilometer ini, pemilik HR-V perlu melakukan servis pada komponen:

  • Minyak enjin + drain plug washer: RM145.60
  • Pembersih udara: RM152.32
  • Penapis habuk dan debunga: RM234.06
  • Pemeriksaan brek: RM9.86
  • Tiada caj buruh dikenakan

Perlu diingatkan anda perlu membayar kos yang sama apabila mencapai perbatuan 90,000km.

4. Servis 60,000km (RM607.44)

Pada kilometer ini, kos servis melibatkan:

  • Minyak enjin + drain plug washer: RM145.60
  • Penapis minyak pelincir: RM34.68
  • Pembersih udara: RM152.32
  • Minyak brek: RM41.21
  • Penapis habuk dan debunga: RM234.06
  • Pemeriksaan brek: RM9.86
  • Tiada caj buruh dikenakan

5. Servis 100,000km (RM708.66)

Apabila mencapai 100,000km atau lima tahun pemilikan kos servis akan bertambah kerana pemilik perlu menukar set palam pencucuh yang berharga RM528.81 dan menjadikan kos keseluruhan RM708.66.

  • Minyak enjin + drain plug washer: RM145.60
  • Penapis minyak pelincir: RM34.68
  • Palam pencucuh iridium: RM528.81
  • Pemeriksaan brek: RM9.86
  • Tiada caj buruh dikenakan

Dalam tempoh lima-tahun pemilikan HR-V HEV, pemilik perlu memperuntukkan sekitar RM4,069.76 untuk penyelenggaraan.

 

 

 

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here