Kisah di sebalik reka bentuk ‘telur’ ORA yang Ikonik – Naib Presiden Reka Bentuk Great Wall Motor dan ORA, Andrew Dyson

464

Great Wall Motor (GWM) melancarkan rangkaian model kenderaan tenaga baharu (NEV) yang dinanti-nantikan dalam Pameran Automotif Shanghai 2023 yang berlangsung baru-baru ini. 

Tetapi apa yang menjadikan beberapa model kereta ini menonjol dari segi penampilan mereka? 

Selepas sidang media, Andrew Dyson, yang memimpin jabatan reka bentuk di GWM, mendedahkan ilham di sebalik reka bentuk “GOOD CAT” dan apa yang boleh diharapkan dari model kereta GWM pada masa hadapan, dengan menggunakan ORA sebagai contoh. 



Dengan GWM yang kian cepat menuju ke arah kenderaan baru pintar dan lebih efisien dari segi tenaga, ianya penting bagi pasukan GWM untuk menggubah reka bentuk menarik dalam mewakili dan mencerminkan saranan GWM – “Go With More”.

Bagi mencapai sasaran ini, Andrew Dyson memperkenalkan falsafah reka bentuk “Life and Energy”, yang membawa konsep “keabadian” dan “beremosi” di dalam produk semasa GWM.

Falsafah ini adalah bukti komitmen GWM dalam mencipta produk yang mempamerkan keindahan semulajadi dan ketahanan yang lama, dengan tujuan untuk meningkatkan imej GWM. 

Pasukan reka bentuk GWM ORA mencari inspirasi melalui perkara-perkara yang melambangkan keindahan abadi, kedamaian, dan kehidupan. 

Inspirasi-inspirasi terbabit menggunakan “telur” dalam menyampaikan idea-idea yang amat simbolik walaupun sederhana dan seterusnya menciptakan “estetika hidup” ORA EGG. 

Kebiasaannya pengguna merasa amat dekat dengan reka bentuk sesebuah produk lantas menjadikan ia faktor penting dalam membuat keputusan setiap pembelian mereka. 

Pasukan reka bentuk ORA di GWM amat memahami kepentingan dalam mereka satu bentuk yang unik dan dapat menarik perhatian serta memenuhi kehendak pengguna untuk kenderaan tenaga baru. 

Andrew Dyson mendedahkan bahawa rahsia GWM terletak dalam menterjemahkan permintaan pelanggan untuk personalisasi ke dalam reka bentuk inovatif yang memberi fokus kepada pengalaman pengguna. 

“Sebutir telur mempunyai struktur yang sempurna dan indah, bersama-sama dengan lengkungan yang tidak terdefinisi di alam semula jadi. 

Permukaannya yang cembung mampu menahan tekanan sehingga 120 kali beratnya.

Dengan mengambil inspirasi dari lengkungan unik berbentuk telur dan prinsip daya terpesat pada kulit telur, pasukan reka bentuk kami memadukan struktur badan yang kuat secara menyeluruh untuk keselamatan dengan penampilan elegan.

Pasukan reka bentuk ORA mengintegrasikan konsep-konsep ini ke dalam bahasa reka bentuk yang unik, menyampaikan kreativiti melalui ungkapan personaliti,” kata Dyson. 

Oleh itu, bayangan bentuk telur menginspirasikan semua model ORA. Ini tercermin dalam kotak fender depan yang menonjol dan lampu depan berbentuk bulat di dalam kereta ORA, yang bekerja bersama-sama untuk mencipta “estetika hidup” ORA EGG. 

Bahagian belakang model mempunyai lengkungan yang anggun, mencantikkan lagi reka bentuk keseluruhan. Bentuk bulat ini dikekalkan dalam panel instrumen, panel pintu yang terintegrasi, dan tempat duduk yang selesa, yang diperbuat menggunakan bahan mesra alam. 

Reka bentuk dalaman bertujuan untuk membangkitkan rasa kebebasan dan ketenangan, sejajar dengan komitmen ORA untuk mencipta ruang yang selesa bagi pemilik kereta untuk bersantai dan berehat – seperti yang ditekankan oleh Dyson. 

Dengan sejarah yang kaya dalam pembuatan kereta, GWM gigih bergerak ke arah transformasi tenaga baru. 

Melangkaui warisan intipati reka bentuk masa lalu, jenama ini terus berinovasi falsafah reka bentuknya dengan pengalaman pengguna sebagai inti, dengan matlamat untuk memperkenalkan mesej reka bentuk yang lebih pelbagai dalam pengeluaran besar-besaran model lain pada masa depan.

Galeri Gambar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here