EV retro moden – ORA Good Cat tawar dua varian, harga bermula RM139,800

627

Akhirnya, GWM Malaysia secara rasminya memperkenalkan kenderaan elektrik (EV) pertamanya untuk pasaran Malaysia menerusi ORA Good Cat.

Sebelum ini, tanda tanya berapa varian GWM Malaysia untuk membawa masuk ORA Good Cat, akhirnya mereka membawa masuk dua varian membabitkan:

  • ORA Good Cat 400 Pro: RM139,800
  • ORA Good Cat 500 Ultra: RM169,800

ORA GOOD CAT sudah menerima lebih daripada 100 tempahan dalam masa kurang daripada tiga hari sejak dibuka pra-tempahan awalnya dari 11 November 2022 di Ekspo Permotoran Malaysia, baru-baru ini.



Tampil retro

Uniknya dengan ORA Good Cat, ia tampil dengan rekaan retro moden. Perekanya, Emanuel Delta, bukan calang-calang kerana beliau pernah menjadi pereka Porsche Klasik seperti 911.

Kenapa nama Cat atau kucing? Ini mungkin lampu utamanya menyamai mata kucing, ternyata ia tampak comel.

Tidak dapat dinafikan bahawa kenderaan itu hadir dengan rekaan luaran yang cukup menarik. Bahagian hadapan diserlahkan dengan sepasang lampu utama berbentuk bulat. Bahagian bawah bampar hadapan dipasang dengan kemasan hitam berbentuk honeycomb. 

Melihat dari arah sisi, EV itu didatangkan dengan cat dua tona dan rim bersaiz 18 inci. Bahagian belakang nampak berbeza apabila lampu brek ketiga disepadukan ke dalam cermin belakang.  

Ruang kabin nampak mewah dengan penggunaan material premium. Warna papan pemuka berbeza mengikut variannya. 

Tonton Video Ini

Sistem infotaimennya pula, ia dipadankan dengan skrin 10 inci yang boleh disambung dengan Apple CarPlay dan Android Auto. Skrin tujuh inci pula adalah paparan pelbagai info untuk pemandunya.

Lebih menarik lagi untuk varian tertinggi iaitu 500 ULTRA mempunyai tempat duduk pemandu yang boleh mempunyai ciri mengurut, selain mempunyai bumbung panoramik.

ORA Good Cat akan ditawarkan dalam dua pilihan kapasiti bateri lithium-ion phosphat 47.8kWh dan Ternary Lithium berkapasiti 63.1kWh yang masing-masing untuk varian 400 PRO serta 500 ULTRA. 

46 Minit Untuk Mengecas

Untuk mengecasnya pula, bateri lithium-ion phosphat memerlukan kira-kira 46 minit untuk kapasiti 0-80 peratus bagi pengecas DC, manakala lapan jam untuk pengecas biasa. 

Bateri Ternary Lithium pula, memerlukan kira-kira 60 minit bagi kapasiti 0-80 peratus bagi pengecas DC dan biasa mengambil masa 10 jam untuk penuh.

Setiap cas penuh, 400 PRO boleh dipandu sejauh 400km, manakala 500km untuk 500 ULTRA berdasarkan piawaian NEDC.

Semua varian dilengkapi satu motor elektrik berkuasa 141hp dan tork 210Nm tork yang dipadankan bersama pacuan roda depan. Sebagai langkah keselamatan, kelajuan maksimum kepada 152km/j sahaja.

GWM juga memperkenalkan pakej jualan menarik di mana pembeli boleh menikmati pengecas rumah percuma lengkap dengan pemasangan.

Kenderaan itu dilindungi waranti 5 tahun atau sehingga 150,000km, waranti bateri 8 tahun atau sehingga 180,000 km, dan 5 tahun penyelenggaraan percuma.

Galeri Gambar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here