VIDEO: Sultan Brunei pandu sendiri BMW bersama Datuk Seri Anwar Ibrahim

1298

Perdana Menteri Malaysia ke-10, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengadakan pertemuan dengan Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah untuk lawatan Khas baginda ke Malaysia, hari ini.

Pertemuan itu adalah yang julung kali antara Anwar dan Sultan Hassanal Bolkiah selepas perdana menteri memegang jawatan pada 24 November lalu, menurut kenyataan Kementerian Luar Negeri yang disiarkan menerusi Facebook Wisma Putra.

 



 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Bernama (@bernamaofficial)

Menariknya menerusi siaran video Instagram Bernama, baginda memandu sendiri sebuah kenderaan BMW dengan membawa Anwar menuju ke Seri Perdana, Putrajaya dari Pangkalan Tentera Udara Malaysia, Subang, kira-kira jam 11.45 pagi tadi.

Lawatan terakhir baginda ke Kuala Lumpur adalah pada 4 hingga 6 Mac 2019 untuk menghadiri Rundingan Pemimpin Tahunan ke-22 antara Malaysia dan Brunei.

Malaysia dan Brunei mempunyai hubungan istimewa yang telah lama terjalin melalui persamaan warisan, budaya dan hubungan sesama rakyat.

Pada 2021, Brunei ialah rakan dagangan ke-30 terbesar Malaysia dan keenam terbesar dalam ASEAN dengan jumlah perdagangan bernilai RM8.03 bilion (US$1.94 bilion).

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here