Isytihar tiada kenderaan, Anwar Ibrahim guna BMW 7 Series (BEM 1) milik siapa?

6934

Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Rabu lalu mengisytiharkan hartanya dengan nilai aset bersih sebanyak RM11.2 juta.

Sebahagian besar daripada aset beliau iaitu RM10.4 juta adalah daripada pemilikan empat unit hartanah yang dibeli antara 2005 hingga 2022. Bagaimanapun, dalam dokumen tersebut Anwar tidak memiliki kenderaan waima sebuah motosikal.



Bagaimanapun, baru-baru ini beliau dilihat bergerak sekitar Malaysia bagi kempen Pilihan Raya Umum ke-15 menggunakan sebuah BMW 7 Series dengan nombor plat “BEM 1”.

Malaysia Kini melaporkan nombor plat tersebut milik mantan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Muhammad Muhammad Taib.

Portal berita online tersebut menghubungi Muhammad Taib yang mana beliau memaklumkan sudah melepaskan pemilikan nombor plat itu 15 tahun lalu melalui ejen. Muhammad Taib juga tidak mengetahui pemilik baharu nombor plat tersebut. 

Kekeliruan itu reda selepas Anwar mendedahkan kenderaan mewah itu dipinjamkan kepadanya oleh seorang individu digelar sebagai Datuk Sham pada sesi dialog pelajar yang diadakan Rabu lalu. 

“Saya pakai 7 series sekarang ni bukan saya punyalah saya pinjam, Datuk Sham Shah Alam, nuar you pakai satu bulan sampai 20hb saya kena hantar baliklah. 

“Jadi, saya bukan bloody hipokrit. Setengah orang dia ada kereta mewah di sini (ibu negara) tetapi bila balik kampung kelantan dia pakai Proton Saga (untuk kelihatan merendah diri).”

“Saya tidak begitu. Apa sahaja kereta yang saya gunakan di Kuala Lumpur, saya akan gunakannya di tempat lain,” jawabnya. 

BMW 7 series dilancarkan di Malaysia menerusi model 740Le xDrive M Sport pada harga RM591,503.05. Model pemasangan tempatan (CKD) itu, dikuaskan oleh enjin 3.0-liter 6 silinder tubo yang menghasilkan kuasa 286hp dan tork 450Nm.

@asmuni1881

#anwaribrahim #asmuniawi #pakatanharapan

♬ SWIPE – ALYPH

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here