Wanita maut, 6 cedera kereta dinaiki langgar belakang lori

458

Seorang wanita meninggal dunia selepas kereta dinaiki bersama enam ahli keluarga melanggar belakang sebuah lori berhampiran Restoran Jejantas Sungai Buloh di Lebuhraya Utara-Selatan menghala Kuala Lumpur pagi tadi. 

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian pada pukul 6.21 pagi.



“Seramai lapan anggota bersama satu jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Buloh dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Setibanya di lokasi kejadian, kami dimaklumkan berlaku kemalangan membabitkan kereta jenis Honda Accord dinaiki tujuh sekeluarga melanggar bahagian belakang sebuah lori di laluan sama,” katanya. 

Kemalangan tersebut mengakibatkan seorang wanita berusia 38 tahun tersepit di bahagian tempat duduk penumpang depan dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

“Suami mangsa dan anak perempuan mereka berusia 11 tahun cedera parah sementara empat lagi anak mereka berusia antara lapan tahun hingga lapan bulan pula mengalami cedera ringan.

“Semua mangsa yang cedera dibawa ke Hospital Sungai Buloh untuk menerima rawatan lanjut,” katanya 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here