“Sebulan bayar Ferrari RM30k, kalau sales kena buat banyaklah,” Najib Asaddok

3416

Figura ini pernah tular gara-gara digelar ‘bisnes air liur’. Bagaimanapun Najib Asaddok jalan terus ke depan enggan ambil pusing kata-kata netizen.

Baru-baru ini, perkongsian video TikTok @abg.tesla mencuri perhatian apabila berkongsi salah satu kenderaan yang dimiliki oleh usahawan yang menawarkan perkhidmatan  bimbingan kepada para peniaga dan usahawan.

@abg.tesla Replying to @Najihah Ajeman Oke jom soal siasat @Najib Asaddok #abgtesla #fyp #momentuminternet #najibassassok #ferrari ♬ SWIPE – ALYPH



Dalam video pendek berdurasi 49 saat itu Abang Tesla atau dikenali sebagai Khal Iltizam itu mengajukan soalan gaji minimum bagi membeli sebuah Ferrari.

“Gaji minimum eh, kalau sales tu kena buat banyaklah. Ferrari ni dalam sebulan bayar dia lebih kurang RM30,000. Income lebih daripada RM100,000.

“Kalau tiga hari tak jalan kena charge bateri kat belakang,” jawab Najib Asaddok.

Ada antara netizen yang membuat andaian kenderaan tersebut hanyalah sebahagian daripada pemasaran dan meminta netizen membuat pemeriksaan pemilik Ferrari 488 Pista tersebut.

“Memang nama syarikat dia keta ni..memontum internet sdn bhd, 18k harga roadtax,” balas Cak Boron.

Perkongsian tersebut mencetuskan pelbagai respon daripada netizen yang rata-ratanya kagum dengan kemampuan sifu pemasaran itu memiliki supercar.

Ferrari 488 Pista dianggarkan dijual sekitar RM2 juta yang mana dijana oleh enjin 3.9 liter V8 berkuasa 711hp dan tork 769Nm bersama transmisi automatik 7-kelajuan. Pecutan daripada 0-100kmj boleh dicapai dalam tempoh 2.7 saat. 

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here