Mitsubishi Motors Malaysia sumbang 3 Triton 4X4 kepada Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia

752

Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) menyumbang tiga trak pikap Triton 4×4 kepada Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (PBSMM).

Trak pikap itu bakal digunakan untuk mendekati dan menyediakan sokongan logistik seperti makanan, bekalan perubatan, dan bantuan kemanusiaan kepada golongan yang memerlukan semasa bencana banjir.

PBSMM menjangkakan monsun Timur Laut yang akan datang di Malaysia dengan meramalkan hujan lebat dari November 2022 hingga Mac 2023. 



Ketua Pegawai Eksekutif MMM, Shinya Ikeda berkata, selaras dengan aktiviti sumbangan sosial Mitsubishi Motors Corporation (MMC), syarikat berkenaan berusaha sedaya upaya untuk menyediakan pelbagai sokongan sebagai tindak balas kepada bencana atau situasi kecemasan. 

“Di peringkat tempatan, kami berbesar hati untuk bekerjasama dengan PBSMM, sebuah badan bukan kerajaan (NGO) yang menumpukan masanya untuk perkhidmatan kemanusiaan. 

“Kami yakin Triton akan membantu PBSMM untuk menangani keadaan jalan yang paling teruk akibat hujan lebat seperti jalan licin, bentuk muka bumi tidak rata dan jalan ditenggelami air yang semuanya mampu  untuk Triton,” katanya.

PBSMM sudah terbabit dalam bantuan bencana selama lebih daripada enam dekad. Peranannya adalah berdasarkan garis panduan di bawah Majlis Keselamatan Negara sebagai agensi peneraju pengurusan bencana dan keselamatan negara di Malaysia. 

Perkhidmatan yang ditawarkan oleh PBSMM termasuk bantuan awal dalam Kesiapsiagaan Bencana, Bantuan Bencana semasa dan selepas tragedi, serta Pemulihan Bencana.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here