#Tips: Minyak pelincir bocor?, periksa empat komponen ini….

1531

Minyak pelincir yang bocor merupakan masalah besar buat pengguna. Ini kerana minyak pelincir berfungsi menyejukkan enjin dan sebagai ‘pelincir’ komponen enjin.

Ini menjadikan komponen enjin lebih berketahanan tinggi kerana mengurangkan geseran antara komponen mesin. Jadi, perhatikan beberapa faktor yang boleh menyebabkan minyak hitam bocor.



  1. Penutup longgar

Punca utama minyak pelincir bocor adalah bahagian penutup sudah mula retak atau lusuh. Ini biasanya disebabkan faktor usia atau boleh jadi pemasangan yang tidak betul.

2. Penutup kompresor sudah haus

Selain penutup minyak, penutup kompresor yang haus juga boleh membuatkan minyak pelincir bocor. Geseran antara komponen menjadi penyebab utama komponen itu mudah haus selain daripada faktor usia penggunaan.

3. Bolt penutup rosak

Punca selanjutnya, boleh jadi disebabkan oleh bolt penutup yang rosak. Keadaan ini boleh jadi skru yang diikat terlalu ketat, senget, berkarat hinggalah terlalu longgar. 

4. Tangki mengeras

Penyebab minyak hitam bocor boleh jadi tangki yang sudah mengeras kerana faktor usia.  Seperti diketahui komponen ini berfungsi sebagai pencegah kebocoran minyak.

Komponen ini juga boleh disebut sebagai pembahagi antara blok silinder dan kepala silinder. Jika komponen ini rosak, maka boleh dipastikan minyak berkurangan dan keluar ke bahagian komponen enjin.

Sekiranya anda berdepan dengan masalah kebocoran minyak pelincir, jangan panik!. Periksa sama ada skru longgar atau sebaliknya. Sekiranya longgar ketatkan semula skru dan pastikan pemasangan yang betul dan tidak senget.

Cara kedua, periksa ring kereta apakah sudah terpasang dengan baik atau sebaliknya. Komponen ini biasanya terpasang pada bahagian bolt carter. Komponen ini berperanan mencegah kebocoran minyak.

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here