40,000 kenderaan Perodua terjejas masalah penapis minyak bocor

644

Isu penapis minyak bocor bukan hanya berlaku pada Perodua Alza baharu namun model yang lain juga.

Jika anda perhatikan pada grup Faceboook model-model Perodua, ramai pemilik merungut perlu menghabiskan masa berulang ke pusat servis berkaitan isu penapis minyak. 

TUNTUTAN SEMAKIN MENURUN



Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Datuk Sri Zainal Abidin Ahmad berkata pembekal alternatif sedang bangunkan komponen tersebut yang mana mengambil masa beberapa bulan. 

“Dalam pembangunan, tengah nak uji penapis minyak cuma pada masa sama pembekal sama sudah ambil langkah menangani masalah.

“Berdasarkan Februari lalu rekod tuntutan yang diterima sudah berkurangan secara mendadak dan dapat selesaikan isu menjelang pertengahan tahun ini melalui vendor alternatif atau penambahbaikan produk.

“Statistik daripada keseluruhan kereta yang kita ada di jalan sekitar 4.5 juta, lebih daripada 40,000 datang balik yang terkesan,” jelasnya. 

Kenderaan yang terkesan melibatkan model yang menggunakan platform DNGA iaitu Axia, Bezza, Myvi, Ativa dan Alza kecuali Aruz. 

BUKAN MASALAH REKAAN

Menurut Zainal Abidin, nisbah defek bergantung kepada stabiliti pengeluaran dan bukannya masalah rekaan. 

“Apabila vendor tukar kakitangan rekaan, selalu akan ada masalah. Kerana itulah ada orang kena dan tak kena kita tak tahu batch mana yang berlaku.

“Berdasarkan sejarah rekod, kita dah monitor dan tahu bahagian masalah yang perlu ditangani, kita bincang dengan vendor untuk buat penambahbaikan di situ. 

“Kerana itulah kita dapatkan dua tiga vendor alternatif. Keutamaan pada pelanggan, apabila sudah stabil isu tuntutan pasaran, kita akan fokus kepada langkah tangani masalah tetap,” jelasnya. 

Pelanggan yang berdepan dengan isu tersebut akan dapat membuat tuntutan waranti yang meliputi penapis dan penukaran minyak tanpa sebarang caj.

 

 

 

 

1 KOMEN

  1. Perdua banyak juga orang pakai dan jualan kereta yang terlaris berbanding Proton iaitu kereta nasional Malaysia. Tetapi mengapa ada defect iaitu masaalah minyak engine bocor atau filternya bocor sejak sekian lama dirunguti pemilik kereta model Perodua. Tahun 2023 ini masih kah ia berlaku lagi dan tidak dibaiki supaya sempurna tidak ada masaalah lagi. Terima kasih.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here