Baru guna 2 bulan, pemilik mahu jual Alza dengan perbatuan 5,000km

9963
Kebarangkalian individu ini merupakan pemilik pertama yang ingin menjual Perodua Alza miliknya. MPV tersebut dilancarkan pada Julai lalu dan sudah empat bulan berada di pasaran.
 
Berdasarkan perkongsian di grup Facebook Perodua Alza D27A Malaysia, Edison Chew Soon Sheng ingin melepaskan Perodua Alza varian AV yang didaftarkan Ogos lalu.
 
Model dengan warna badan vintage brown itu merekodkan perbatuan lebih daripada 5,000km. Pemilik ingin melepaskan MPV berkenaan pada harga RM73,800. Sementara harga varian AV baharu adalah RM75,500.
 
“Lokasi sekitar Johor Bahru, tiada pinjaman dibeli secara tunai. Pembeli yang berminat perlu uruskan sendiri pinjaman bank dan pindah milik,” tulisnya.
 
Bagaimanapun pada perkongsian berkenaan Edison tidak menjelaskan alasan ingin menjual kenderaan tersebut selepas tiga bulan pemilikan.
 
Rata-rata ahli kelab berkenaan turut mempersoalkan dan meminta pemilik berkongsi  alasan menjual MPV tersebut.
 
“Awal betul nak jual, baru 2 3 bulan kereta keluar…. reason to sell?.”
 
“Banyak problem ke keta ni sampai nak jual lepas pakai 2 bulan?? hahahaah.”
 
“Ada la tu ..secara logic akal…kereta baru beli tu…nape jual…”
 


APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here