Rider Food Panda santai walaupun terkena percikan air hujan kenderaan

724

Penghantar makanan antara golongan yang terkesan apabila musim hujan bukan sahaja pekerjaan akan menjadi lebih mencabar namun kemungkinan bilangan tempahan juga mungkin merosot.

Ini kerana pelanggan berasa serba salah untuk menempah makanan memikirkan keselamatan penunggang selain perlu meredah hujan.

@jeffry_169

Apa saja pekerjaan gaya mesti ada #foodpandamalaysia

♬ Antara Hujan Dan Airmata – Dato’ Sudirman



Bagaimanapun, video pendek yang dikongsi akaun TikTok @jeffry_169 mencuri perhatian netizen yang menunjukkan rider Food Panda seolah menikmati titisan hujan yang lebat ketika berhenti di lampu isyarat.

Dalam video berkenaan boleh dilihat dia tenang bahkan seolah menikmati situasi apabila terkena percikan air daripada kenderaan yang melintasi di depannya. Boleh dilihat dia juga mendepakan kedua-dua tangannya dan sudahpun basah kuyup. 

“Dia mula-mula macam, tak nampakke aku kat sini…lama-lama macam…haaa…siramla lagi…siramla lagi, moga dpermudah urusan awak dik…dlimpahkan rezeki,” kata sikatak_bawahtempurung.

Seperti mana kita ketahui, sebelum ini dalam kalangan pihak rider meminta pelanggan menempah makanan walaupun waktu hujan kerana itu adalah punca rezeki mereka.

 

 

 

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here