‘Adik saya kritikal, mohon orang ramai kongsi rakaman dashcam’

498

“Saya merayu pada sesiapa yang ada rakaman video ‘dashcam’ (papan pemuka kenderaan) supaya berhubung dengan kami. Adik saya dalam kritikal sekarang selepas dilanggar sebuah kenderaan disyaki kereta,” kata Muhammad Firdaus Ayub, abang kepada Muhammad Faiz.

Muhammad Faiz, 21, dipercayai mangsa langgar lari, kini dilaporkan kritikal di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) Muar selepas motosikalnya disyaki dirempuh sebuah kereta di Jalan Muar-Pagoh, Bukit Pasir, petang semalam.

Bagaimanapun, Muhammad Firdaus, 25, berkata pemandu yang didakwa melanggar adiknya dikatakan ‘lesap’ dan belum dapat dikesan sehingga kini.



“Kami amat memerlukan kamera dashcam kerana seorang ada saksi memberitahu dia ternampak Perodua Myvi ungu merempuh adik saya tetapi tidak dapat mengecam nombor pendaftaran kenderaan itu.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here