Utama Berita Automotif JPJ Sita Traktor : Pemandu dan tauke kena saman

JPJ Sita Traktor : Pemandu dan tauke kena saman

10
Alasan ‘tauke suruh jalan’ tidak berkesan untuk mengelak daripada tindakan penguatkuasaan apabila sebuah traktor disita oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Cawangan Kulim dalam satu pemeriksaan di KM2, Jalan Desa Aman, bersebelahan kilang Inokom, pada Rabu.
 
Menurut kenyataan, hasil pemeriksaan mendapati Lesen Kenderaan Motor (LKM)  traktor berkenaan dan perlindungan insurans telah tamat tempoh sejak tahun 2012.
 
“Kesalahan lain yang turut dilakukan adalah tidak mempamerkan nombor pendaftaran di bahagian hadapan dan belakang kenderaan.
 
“Susulan itu, traktor berkenaan disita manakala pemandu dan pemilik dikenakan tindakan saman,” jelasnya. 
 
JPJ menegaskan bahawa arahan majikan bukan alasan untuk mengabaikan undang-undang.
 
Jelasnya, pemilik dan pemandu bertanggungjawab memastikan setiap kenderaan mempunyai LKM dan insurans yang sah serta mematuhi peraturan yang ditetapkan.

TIADA KOMEN

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here