5 pemain bola sepak dunia yang terkenal dengan koleksi kereta mewah

1204

Salah satu atlet yang dibayar gaji dalam jumlah wang yang tinggi adalah pemain bola sepak. Mereka mampu mendapatkan puluhan ribu ringgit dalam masa seminggu sahaja.

Gaji yang tinggi menjadikan mereka bebas untuk membeli apa sahaja mengikut kemahuan. Satu daripada hobi pemain bola sepak ialah membeli dan mengumpul kereta mewah.

Berikut adalah sebilangan pemain bola sepak dengan koleksi kereta mewah yang diperoleh dari pelbagai sumber. 

  1. Yaya Toure

Bekas pemain pasukan Arsenal dan Barcelona ini mempunyai enam buah kereta mewah.

Jika dihitungkan secara keseluruhan, harga kereta nya boleh mencecah puluhan juta ringgit. Ia terdiri daripada Rolls Royce Phantom, Porsche Carrera, Bentley Continental, Mercedes Brabus 850, Mercedes G-Class dan Rolls Royce Wraith.

2. David Beckham

kereta mewah pemain bola sepak

Siapa yang tidak kenal dengan pemain bola sepak dengan ciri sepakan percuma yang boleh dikatakan mempunyai peratus tinggi untuk masuk gol.

David Beckham mempunyai 16 buah kereta mewah atau supercar membabitkan Rolls-Royce Phantom Drophead Coupe, Hummer H2, Chevrolet Camaro, Porsche 911 Turbo Convertible, Rolls-Royce Ghost, Bentley, Porsche 911 Carrera S Tiptronic, Lamborghini Gallardo, Jaguar XJ, Black Porsche 997 Convertible Turbo, Aston Martin V8, Range Rover Evoque, Bentley Mulsanne, Audi S8, Cadillac Escalade dan Jeep Wrangler

Bukan itu sahaja, pada tahun 2011, Beckham membeli Ferrari 612 Scaglietti yang berharga sekitar £200,000 (RM1,053,433).

3. Cristiano Ronaldo

kereta mewah pemain bola sepak

Pemain bola sepak paling berjaya di dunia, yang sudah tentu memiliki gaji yang tinggi ini memiliki sejumlah 20 buah kereta mewah dengan harga keseluruhan mencapai RM66juta.

Beliau dikatakan mempunyai Bugatti Veyron, Bentley GT Speed, Ferrari F430, 599 GTB, 599 GTO, Aston Martin DB9, Rolls Royce Phantom, Maserati GranCabrio, BMW M6, Bentley Continental GTC, Mercedes-Benz C-Class Sports Coupe, Porsche Cayenne, Porsche 911 Carrera 2S Cabriolet, Porsche Cayenne Turbo, Audi Q7, Audi RS6 dan Mercedes-Benz C220 CDI.

4. Mario Balotelli

kereta mewah pemain bola sepak

Pemain terkenal yang berasal dari Itali ini berjaya mengumpulkan banyak kereta mewah yang berkelajuan tinggi. Ianya seperti Bentley Continental GT, Ferrari 458 Spider, Audi R8 V10 dan Bentley.

Malangnya, pemain ini mempunyai masalah dalam etika pemanduannya di jalan raya. Balotelli telah beberapa kali berurusan dengan polis kerana membawa kereta dengan cuai.

5. Didier Drogba

kereta mewah pemain bola sepak

Didier Drogba merupakan pemain bola sepak yang berasal dari Ivory Coast, yang berjaya ketika berkhidmat dengan pasukan Chelsea.

Hasil usahanya, dia dapat membeli sejumlah kereta mewah seperti Mini Cooper, Ferrari California, McLaren Mercedes SLR, Range Rover Sport dan Porsche Cayenne.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here