Hongqi E115, SUV mewah dari China yang mirip Rolls-Royce Cullinan

2402

Satu daripada syarikat pengeluar kenderaan dari China dilaporkan akan memperkenalkan kereta dengan reka bentuk yang sama dengan Rolls-Royce Cullinan. Kereta mewah yang dikenali sebagai Hongqi E115, pernah dipamerkan di Shanghai Auto Show pada tahun lepas.

Hongqi E115

Walaupun belum secara rasmi dilancarkan, beberapa gambar Hongqi E115 sudah tersebar di media sosial. Rake bentuknya mempamerkan gril krom besar yang menghiasi bahagian hadapan jentera, bahkan saiznya lebih besar daripada yang terdapat pada Rolls-Royce Cullinan.



Seperti sebuah kereta mewah, ruangan dalam Hongqi dilengkapi dengan ciri moden, seperti sistem hiburan skrin sentuh dan papan pemuka digital. Tempat duduk dan konsol tengah dihiasi dengan kulit Alcantara.

Jentera ini dikuasakan oleh dua motor elektrik yang terletak di gandar hadapan dan belakang. Ia mampu menghasilkan sehingga 510hp dan 769Nm tork dan mampu memecut dari 0-100km/j dalam masa 4 saat.

Hongqi E115 menggunakan bateri ion 92.4 kWh yang dapat memberikannya perjalanan sejauh 598km dengan cas penuh. Bagaimanapun, harga SUV ini masih dirahsiakan sehingga ia diperkenalkan secara rasmi.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here