Harga bahan api dah mula naik – RON95 kini RM1.31, RON97 kini RM1.61, diesel RM1.45

1977

Nampaknya tempoh minyak murah mungkin berakhir, kerana semua jenis bahan api iaitu RON95, RON97 dan diesel mula mencatatkan kenaikan harga.

RON95 dan RON97 masing-masing mencatatkan kenaikan 6 sen, manakala diesel dengan kenaikan 5 sen untuk minggu 16 Mei hingga 22 Mei 2020.



Bermula tengah malam ini, harga bahan api akan dijual seperti berikut:

  • RON95: RM1.31 (naik 6 sen)
  • RON97: RM1.61 (naik 6 sen)
  • Diesel: RM1.45 (naik 5 sen)

Kenaikan ini ialah yang pertama seumpamanya dalam tempoh kira-kira sebulan dimana kita telah menikmati harga RON95 dan RON97 masing-masing pada RM1.25 dan RM1.55 selama beberapa minggu.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here