Langgan kereta, kemudian beli dengan Subscribe To Own dari Flux

2346

Anda kini mempunyai cara mudah, mampu-milik dan ringkas untuk memiliki kereta dengan Subscribe to Own dari Flux.

Flux yang juga penyedia servis langganan kereta bukan sahaja membolehkan anda memiliki kereta, malah Flux akan menanggung segala bayaran insurans, cukai jalan, dan penyelenggaraan.



Dengan Subscribe to Own, anda boleh melanggan mana-mana kereta dari Flux dan kemudian di hujung tempoh langganan, anda boleh memilih untuk membeli kereta itu.

Bagaimana caranya?

Subscribe to Own berfungsi hampir sama dengan langganan Flux biasa. Pilih sahaja pelan langganan (12, 24 atau 36 bulan) dan pakej perbatuan (1,250km, 2,000km atau tanpa had setiap bulan) untuk mana-mana kereta.

Berdasarkan kereta dan pelan langganan, Flux akan menetapkan nilai Guaranteed Future Value 1 (GFV) dimana anda boleh membeli kereta itu di hujung tempoh langganan.

Lebih pendek tempoh langganan, lebih tinggi nilai GFV.

GFV ini juga akan ditunjukkan dengan telus semasa proses check out dalam talian. Jadi, anda tidak perlu pening-pening dengan tawar-menawar.

Anda akan mempunyai masa 30 hari sebelum tamat tempoh langganan untuk anda mengambil keputusan membeli kereta itu.

GFV ini akan merangkumi yuran proses pemindahan hak milik (seperti Puspakom dan JPJ), tetapi tidak termasuk cukai jalan. Jadi anda bebas memilih insurans pilihan anda.

Dan seperti biasa, semua urusan akan diuruskan oleh pihak concierge Flux. Jadi anda hanya duduk relaks di rumah dan pantau semuanya dari telefon pintar, kereta dibeli juga akan dihantar ke rumah.

Selain itu, terdapat beberapa kebaikan lain jika anda memilih Subscribe to Own apabila membeli kereta:

  • Tiada bayaran muka seperti pinjaman sewa-beli
  • Tiada perbelanjaan luar jangkaan
  • Kereta dilindungi
  • Terhindar dari menanggung susut nilai
  • Terhindar dari mendapat unit kereta yang rosak
  • Tukar kereta untuk disesuaikan dengan bajet

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here