Subscribe je untuk pandu Toyota baharu hari ini dengan Kinto One

2067

Toyota Capital Malaysia telah memperkenalkan Kinto One iaitu program langganan kenderaan terkini di Malaysia. Kinto One sebelum ini telah berada di pasaran-pasaran lain seluruh dunia seperti Amerika Utara dan Selatan, Eropah, dan negara-negara Asia lain.

Apa itu sebenarnya Kinto One? Ia merupakan perkhidmatan Subscription atau langganan kenderaan. Apa bezanya dengan pemilikan biasa? Langganan sebegini membolehkan anda memiliki kenderaan tanpa perlu terbeban dengan kaedah pembelian sewa-beli kenderaan secara tradisional sebelum ini.



Secara mudah, Kinto One merupakan sebuah pelan langganan kenderaan yang merangkum seluruhnya, dengan bayaran ansuran bulanan tetap.

Hanya mula dengan deposit satu bulan, dan terus boleh pandu pulang kereta. Bayaran bulanan lebih tinggi dari ansuran bank, tapi anda tak perlu pening dengan perkara-perkara biasa.

Kereta akan dihantar ke rumah, cukai jalan dan insurans diuruskan, servis dan penyelenggaraan juga diuruskan sepenuhnya oleh pihak Toyota. Hanya tentukan bila anda mahu kereta itu dihantar servis.

Anda boleh pilih tempoh langganan 2 atau 3 tahun. Kemudian setelah tempoh berakhir, anda hanya perlu pulangkan kenderaan kepada Toyota Malaysia. Tak perlu risau hal susut nilai atau cara untuk menjual kenderaan itu.

Semua pelanggan Kinto One juga dilindungi di bawah insurans takaful komprehensif dengan bantuan kecemasan 24-jam.

Model-model yang ditawarkan termasuklah Toyota Vios, Yaris, Corolla, Innova, Fortuner dan Camry. Model lain juga akan dikemaskini kemudia, termasuk dari Lexus.

Berminat? Layari www.kinto-my.com untuk maklumat lanjut.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here