Covid-19: PKP di Seremban, Port Dickson bermula hari ini

1241

Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan di Seremban dan Port Dickson, Negeri Sembilan berkuat kuasa hari ini sehingga 1 Februari.

pkp seremban port dickson

Menurut Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, langkah itu susulan peningkatan mendadak kes Covid-19 di dua daerah terbabit.



“Bagi daerah Seremban, Kementerian Kesihatan (KKM) mengesahkan kadar insiden jangkitan di daerah ini sangat tinggi dan berlaku peningkatan kes secara ketara dalam tempoh 14 hari iaitu daripada 777 kes hingga 876 kes,” kata Ismail Sabri.

“Selain itu, kebanyakan mukim di Seremban juga adalah Zon Merah iaitu tujuh daripada sembilan mukim. Bilangan kes yang dilaporkan dalam masa 14 hari di tujuh mukim terbabit adalah dalam lingkungan 56 kes hingga 283 kes,” tambahnya.

Di Port Dickson pula, KKM mengesahkan terdapat peningkatan kes positif Covid-19 secara mendadak dalam tempoh 14 hari yang membabitkan beberapa kluster, iaitu daripada 35 kes kepada 167 kes.

Atas nasihat dan penilaian risiko oleh KKM, kerajaan bersetuju untuk melaksanakan PKP di daerah Seremban dan Port Dickson selama 14 hari bermula hari ini sehingga 1 Februari depan.

Pelaksanaan PKP ini adalah untuk mengekang penularan COVID-19 dalam komuniti dan mengawal pergerakan di kedua-kedua daerah ini.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here