Unit ujian Nissan GT-R50 kini dipamerkan di Tokyo

1711

Bermula 12 Januari hingga 31 Mac, Nissan mempamerkan kereta ujian yang digunakan untuk membangunkan GTR-50 di Nissan Crossing di Tokyo.

Nissan GTR-50

Dihasilkan dengan kerjasama Italdesign, GTR-50 akan diletakkan dalam sebuah bilik pameran mewah, sesuai dengan nilainya yang mencecah jutaan ringgit.



Menurut Nissan, GTR-50 akan diuji di litar untuk menguji ketahanan casis, ujian pada beberapa komponen dari bahan gentian karbon dan spoiler belakang.

Nissan GTR-50

Hanya 50 unit dihasilkan, GTR-50 dikuasakan oleh enjin V6 3.8-liter twin-turbo yang mampu menghasilkan sehingga 710hp. Enjin ini dihasilkan oleh sekumpulan pakar yang dipanggil sebagai ‘Takumi’ di kilang Nissan yang terletak di Yokohama.

Nissan GTR-50

Selain enjin, kesemua proses penghasilan dan kejuruteraan terhadap kereta ini dihasilkan oleh Italdesign, manakala bahagian reka bentuknya pula dihasilkan oleh pasukan reka bentuk Nissan di Eropah dan Amerika Syarikat.

Kereta ini turut dilengkapi dengan sistem brek enam omboh dari Brembo, penyerap hentak Bilstein DampTronic, dan tayar Michelin Pilot Super Sport.

Nissan GTR-50

GTR-50 dihasilkan sempena meraikan ulang tahun Nissan yang ke-50 pada tahun 2019 dan ulang tahun Italdesign yang ke-50 pada tahun 2018, selain berharga sekitar USD1.12 juta (RM4.5 juta) tidak termasuk cukai.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here