Nissan GT-R50 dilancar dengan lebih kuasa, harga bermula RM4.7 juta sahaja

4202

Nissan telah bekerjasama dengan Italdesign untuk menghasilkan GT-R50 dan mereka melancarkannya semalam.

Hanya 50 unit akan dihasilkan, dan GT-R50 ini akan dijual pada harga bermula 990,000 Euro (RM4.7 juta).



Nissan GT-R50 yang nampak futuristik ini sebenarnya bukanlah model generasi baharu pengganti R35, sebaliknya ia masih berasaskan R35 GT-R Nismo.

Kereta ini menampilkan enjin VR38DETT 3.8-liter V6 biturbo yang sama, namun dengan output yang dipertingkat; 720hp dan 780Nm tork.

Angka ini adalah 120hp dan 128Nm lebih dari versi Nismo itu. Ia dapat dicapai dengan penggunaan komponen-komponen seperti pengecas turbo dari jentera GT3, intercooler lebih besar, penyuntik bahan api berkapasiti tinggi, serta sistem kemasukan dan ekzos baharu.

Komponen lain seperti transmisi dwi-klac, differential dan driveshaft juga diperkukuhkan untuk menampung kuasa yang lebih.

Akhir sekali, casis juga dinaiktaraf. Ia mendapat suspensi boleh-laras Bilstein DampTronic, brek Brembo 6-piston di depan dan 4-piston di belakang, rim 21-inci dan tayar Michelin Pilot Super Sport 255/35 (depan) dan 285/30 (belakang).

Nissan GT-R50 direka untuk menyambut ulangtahun ke-50 GT-R dan Italdesign. Ia sepatutnya dilancarkan di Geneva Motor Show tahun ini tetapi acara tahunan itu dibatalkan kerana pandemik Covid-19.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here