Paul Pogba pandu Ferrari 812 Superfast ke sesi latihan pertama Manchester United

1581

Pada 20 Mei, para pemain Manchester United kembali menjalani sesi latihan di Carrington, setelah sekian lama mengasingkan diri kerana penularan pandemik Covid-19. Banyak bintang pasukan seperti Paul Pogba, Bruno Fernandes, Aaron Wan-Bissaka dan Marcus Rashford hadir ke sesi latihan.

paul pogba

Menurut sumber, Paul Pogba tiba di pusat latihan dengan memandu sebuah Ferrari 812 Superfast, salah satu model terkini dari Ferrari. Enjin V12 yang terdapat pada jentera ini menjadikan ia supercar paling unik yang berada di pasaran.



Jentera ini mampu memecut dari 0-100km/j dalam masa 2.9 saat sebelum mencapai kelajuan 200km/j dalam masa 8 saat. Kelajuan maksimum jentera ini mampu mencapai sehingga 340km/j.

Pada sesi pertama kembali menjalani latihan, pemain Manchster United kebanyakannya melakukan latihan ringan dengan bola. Semasa melakukan latihan, pematuhan jarak sosial tetap dipatuhi, dimana para pemain melakukan latihan dengan jarak 2m antara satu sama lain.

Pogba nampaknya sedia untuk kembali ke prestasi terbaiknya setelah mengalami kecederaan dan pembedahan pergelangan kaki pada akhir tahun 2019.

Manchester United kini berada di kedudukan ke-5 teratas di Liga Perdana Inggeris. Mereka mengumpul 45 mata, 3 mata di belakang pasukan tempat keempat, Chelsea.

Kembalinya pemain tengah Perancis itu dianggap perlu untuk merebut kedudukan 4 teratas liga, dan memenangi tiket Liga Juara-Juara pada musim depan.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here