Video iklan Golf Mk8 berunsur perkauman, Volkswagen tampil mohon maaf

8273

Syarikat pengeluar kenderaan dari Jerman, Volkswagen tampil memohon maaf kerana menyiarkan video iklan yang dianggap rasis dalam mempromosikan Golf Mk8 baharu.

Sebelum ini, VW tidak mengakui kesilapan tersebut dan menyatakan hanya terkejut selepas reaksi orang ramai terhadap video itu.



Dalam video pendek yang dimuat naik di Instagram Story memaparkan seorang lelaki berkulit hitam menghampiri VW Golf yang bewarna kuning.

Tetapi, muncul tangan yang besar menolak lelaki berkulit hitam tersebut ke dalam kafe yang bernama “Petit Colon”, yang diterjemahkan sebagai “pendatang kecil”.

Video tersebut sudah dipadam, namun ia masih tersebar di media sosial.

Sebelumnya dalam satu kenyataan, VW mengatakan model lelaki berkulit hitam itu tidak mewakili kaum tertentu, tanpa memohon maaf.

“Syarikat kami menentang semua bentuk perkauman, xenofobia dan diskriminasi. Seperti yang anda bayangkan, kami sangat terkejut bahawa video promosi kami yang dimuat naik di Instagram telah disalah faham,” kata VW.

Tetapi banyak kritikan diterima oleh mereka. VW dikatakan tidak ikhlas meminta maaf atas video tersebut. Untuk mencegah kemarahan semua pihak, syarikat itu akhirnya faham kenapa video tersebut dikecam oleh orang ramai.

iklan volkswagen

“Kami menyiarkan video iklan perkauman di saluran Instagram Volkswagen,” kata ketua jualan dan pasaran jenama VW, Jürgen Stackmann.

“Kami memahami kemarahan orang ramai terhadap perkara ini,” katanya.

“Bagi pihak Volkswagen AG, kami meminta maaf kepada semua pihak kerana video ini. Kami juga meminta maaf secara khusus kepada mereka yang merasa tersinggung secara peribadi kerana kandungan rasis video ini.” 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here