Tiada rahsia, ramai kenal kereta nombor plat MAF14 milik Azhar Sulaiman

5200

Pelakon Azhar Sulaiman mencuri tumpuan warga maya apabila baru sahaja memperbaharui lesen kenderaannya yang bernombor plat MAF14.

Azhar Sulaiman MAF14

Menerusi laman sosial Instagram, Azhar Sulaiman, 49, berkongsi foto lesen MAF14 untuk tatapan umum.



“‘Lesen’ Mafia telah diperbaharui,” tulis Azhar sebagai kapsyen.

Difahamkan kereta Nissa Murano milik pelakon yang bergelar arkitek ini juga pernah tular satu ketika dahulu kerana memiliki nombor plat yang unik.

View this post on Instagram

“Lesen” Mafia Telah Diperbaharui…….

A post shared by Azhar Sulaiman (@azharbsulaiman) on

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata teruja melihat nombor plat kereta pelakon filem Abang 92 itu.

Malah, tidak kurang juga ramai yang turut berkongsi pengalaman bertemu dengan MAF14 di atas jalan.

“Masa zaman remaja lalu saya pernah nampak MAF14 ni kat Subang Parade. Kereta Waja ke apa entah. Sekarang masa dah besar, kali kedua nampak kereta ni di Putrajaya, dah tukar Murano hitam. Sekarang MAF14 dah tukar kereta apa bang?” tanya seorang wargamaya.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here