Berjimat dan bergaya di Hari Raya bersama Flux, RM99 sahaja untuk bulan pertama

1548

Sempena Hari Raya Aidilfitri yang bakal tiba, Flux kini menawarkan kadar yang menarik untuk langganan bulan pertama bagi ahli baru yang menggunakan perkhidmatan Flux di musim perayaan ini. 

Flux raya

Samada anda melanggan Mercedes-Benz CLA 45 AMG atau Toyota Yaris, kadar langganan pada bulan pertama anda hanya berjumlah RM99. Tawaran terhad ini boleh didapati bermula dari 20 Mei hingga 3 Jun 2020.



Untuk pelan langganan 24 atau 36 bulan dan pakej perbatuan Lite (1,250km) dan Standard (2,000km), promosi ini dapat dinikmati untuk seluruh rangkaian kereta baru dan pra-milik dari Flux.

Bersama dengan pakej Subscribe to Own yang baru diperkenalkan, pakej terbaru dari Flux sempena Hari Raya ini merupakan pakej yang termurah dari apa yang ditawarkan pada awal tahun ini. Pakej ini memberi penjimatan sebanyak 36 peratus berbanding kadar sewaan kereta untuk kereta yang sama.

Ahli baru hanya perlu log masuk ke www.driveflux.com dan membuat akaun. Kemudian, pilih dan tempah kereta pilihan anda dari halaman Browse Car. Semua langganan yang berjaya hanya akan dikenakan bayaran langganan sebanyak RM99 untuk bulan pertama.

Para pelanggan akan menerima kereta yang ditempah dalam masa tujuh hari dari tarikh tempahan.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here