Proton X70 kini boleh dilanggan melalui Flux

2048

Flux mengumumkan mereka kini mempunyai sekumpulan fleet Proton X70 sebagai penambahan terbaharu dalam rangkaian kenderaan mereka.

Flux merupakan aplikasi perkhidmatan langganan kereta pelbagai jenama dengan yuran dari RM1,975 sebulan.



Semua Proton X70 dalam fleet mereka adalah dari varian Premium, dan boleh didapati dalam warna Snow White, Jet Grey dan Space Grey.

Apabila melanggan kenderaan dengan Flux, anda tidak perlu risau akan perkara-perkara seperti insurans, cukai jalan, penyelenggaraan, wear and tear dan sebagainya. Ini kerana segala kos ini telah “diserap” dalam bayaran bulanan anda.

Untuk lebih kemudahan, anda juga boleh menukar kereta dalam tempoh langganan untuk disesuaikan dengan gaya hidup anda.

Tambahan lagi, Flux menyediakan khidmat concierge yang akan menghantar kereta dilanggan hingga ke depan pintu rumah anda. Segala dokumen dan kertas kerja juga akan diuruskan oleh pihak Flux.

Berkenaan Proton X70, ia boleh dilanggan untuk 1 bulan atau sehingga 3 tahun, bergantung kepada pelan langganan.

Sempena bulan Merdeka ini juga, semua tempahan Proton X70 akan dikecualikan yuran tempahan sebanyak RM75.

Untuk maklumat lanjut, layari hubungi 03-6411 5611 atau berhubung dengan khidmat pelanggan Flux di support@driveflux.com.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here