Proton Wira ‘teksi’ lenjan di Nurburgring!

3398

Nurburgring Touristenfahrten ialah satu sesi di litar Jerman itu yang membenarkan anda memandu sebarang kereta (yang berkeadaan baik dan selamat) dengan bayaran tertentu untuk satu pusingan.

Ia ibarat sesi track day dimana kaki kereta di sana akan membawa kereta sports, kereta track atau kereta-kereta yang sudah dimodifikasi untuk diuji dengan selamat.



Namun pernahkah anda terfikir sebuah Proton Wira akan dipandu di litar “The Green Hell” itu?

Ya, Proton Wira menjadi pilihan buat adik-beradik – Jochem dan Ruben Gravemade – dari Dutch DIY Mechanics (DDM).

Melalui video di saluran Youtube mereka, adik-beradik ini telah berkongsikan Proton Wira mereka yang direstorasi dan diubahsuai untuk dipandu di litar Nurburgring.

Lebih menarik lagi, kereta “Project Proton” mereka itu dicat dengan warna teksi Kuala Lumpur merah dan putih!

Ini sebagai throwback buat mereka yang pernah menetap di Malaysia suatu ketika dulu, lebih tepat lagi di Ampang, KL. Sebab itu anda dapat lihat pelekat simbol syarikat teksi Ampang di pintu kiri dan kanan. Oh ya, ada juga pelekat Drive Thru McD di cermin depan!

Jika dilihat, Proton Wira yang digunakan ialah versi Aeroback dan dengan stereng pemanduan kiri (left-hand drive). Ini kerana Proton Wira pernah dijual di beberapa negara Eropah termasuk Jerman.

Enjin pula ialah unit 4G15 1.5-liter biasa, dan untuk kegunaan litar, Wira ini ingin diberikan rim 16-inci yang dibaluti tayar Nankang NS2R bersaiz 205/55/16.

Tetapi menurut mereka, ia boleh muat di bahagian depan, tetapi kurang muat di belakang. Jadi, mereka menukar kepada tayar Toyo Proxes R1R dengan rim OZ.

Brek pula adalah dari Black Diamond. Untuk lebih kawalan badan, spring semuanya ditukar kepada Apex.

Di bahagian dalam nampaknya seperti original Proton Wira, cuma tempat duduknya menggunakan jenis bucket untuk kedua-dua tempat duduk depan.

Video pertama di bawah ialah dimana mereka mula mendedahkan kereta Project Proton mereka, dan video kedua ialah rakaman onboard mereka di litar Nurburgring.

Bangga pula kami lihat kereta Proton dibawa masuk di litar yang telah menjadi ujian pelbagai kereta-kereta prestasi dari seluruh dunia.

Dia ia dipandu bersama-sama dengan jentera lebih berkuasa seperti Porsche 911 GT3, BMW M3, dan Volkswagen Golf.

Walaupun kereta mereka bukan yang paling laju, itu bukanlah halnya. Yang paling penting untuk sesi sebegini ialah semuanya selamat, dan mereka berseronok melakukannya.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here