Anda kini boleh langgan Proton X50 melalui Flux, dari RM2k untuk tempoh 36 bulan

576

Semua orang tahu Proton X50 antara kereta paling hangat menjadi bualan untuk tahun 2020 ini di Malaysia. Nak mencuba sendiri SUV terbaharu dari Proton ini?

Anda kini boleh melanggan X50 melalui Flux, iaitu satu aplikasi langganan kenderaan di Malaysia. Dua varian boleh dipilih, sama ada Flagship atau Premium, dengan pilihan warna Snow White, Jet Grey atau Passion Red.

Untuk X50 Flagship, langganan bulanan boleh dibuat dari RM1,995 untuk tempoh 36 bulan (3 tahun). Agak mahal? Ya, tapi harus diingat semua kos seperti cukai jalan, insurans, dan penyelenggaraan termasuk dalam bayaran ini.

Jadi tiada lagi benda lain anda perlu bayar. Hanya isi minyak dan jalan!

Segala urusan dari tempahan hinggalah kepada penyerahan kenderaan akan dibuat oleh pihak Concierge Flux.

Khidmat bantuan kecemasan atau kerosakan juga disediakan 24 jam, jadi tiada kerisauan anda terkandas atau rosak di tepi jalan.

Dan jika anda berkenan pula dengan Proton X50 yang dilanggan, di akhir tempoh 36 bulan itu anda boleh pilih untuk membelinya terus. Dengan Guaranteed Future Value (GFV), Proton X50 ini boleh dibeli pada harga RM78,000 di bawah program Subscribe to Own.

Jika anda tidak mahu menunggu tiga hingga enam bulan untuk Proton X50, SUV ini boleh anda pandu melalui Flux dengan tempoh tempahan kira-kira tujuh hari sahaja.

Untuk maklumat lanjut, layari https://driveflux.com, support@driveflux.com atau hubungi 03-6411 5611.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here