Sewa kereta tanpa pinjaman, tukar bila-bila masa dengan Flux!

4029

Di dalam era serba canggih ini, terdapat banyak pelan mobiliti yang inovatif ditawar oleh berbagai pihak. Yang terkini adalah Flux, khidmat langganan sewa kereta bulanan.

 



Apa yang perlu anda lakukan ialah bayar sewa bulanan untuk memandu kereta pilihan anda. Tiada bayaran muka, tiada hutang, tiada sakit kepala. Flux menawarkan pelbagai rangkaian kereta untuk dipilih bergantung kepada keperluan ahlinya, walaupun ia berubah mengikut masa.

Menurut Aziz Ayman, pengasas dan CEO Flux, sukar dipercayai bahawa pada 2019, cara yang menarik untuk rakyat Malaysia memiliki kereta sepanjang tahun hanyalah melalui pinjaman sewa-beli.

Dia berkata, “Dari masa saya di Silicone Valley, saya memerhatikan bagaimana industri teknologi mempengaruhi cara mobiliti. Pengguna diberi kuasa untuk membuat keputusan lebih baik dan kurang kompromi.”

“Di Flux, kami teruja untuk menjadi perintis kepada cara-cara baharu untuk mendapat faedah memliki kereta di garaj anda, tanpa kos. Kami berbangga untuk mencabar dunia pemilikan kereta, bekerja dengan kumpulan-kumpulan automotif tempatan yang tersohor,” tambahnya.

Untuk melanggan di Flux, ahli boleh melihat kenderaan yang ada di platform www.driveflux.com. Dari situ, ahli boleh memilih untuk melanggan kereta tertentu. Apabila kereta dipilih, mereka kemudiannya boleh memilih pelan langganan yang bermula dari bulan-ke-bulan untuk fleksibiliti, atau langganan sehingga tiga tahun.

Terdapat juga piliha pakej perbatuan, iaitu Lite, Standard dan Unlimited. Ini masing-masing memberikan perbatuan bulanan 1,250km, 2,000km dan tanpa had.

Bahagian lain seperti dokumen dan sebagainya akan diuruskan oleh khidmat concierge Flux, termasuklah dokumen pembaharuan tahunan seperti cukai jalan.

Mana-mana rakyat Malaysia atau bukan warganegara Malaysia boleh menjadi ahli Flux, asalkan mempunyai kad kredit Malaysia, nombor telefon mudah-alih dan berumur melebihi 25 tahun.

Terdapat pelbagai jenis model kereta boleh dipilih dari Kia Picanto, Toyota Yaris, Honda Jazz, Kia Sportage, Nissan X-Trail, Mercedes-AMG CLA45, BMW 330i M Sport, MINI Cooper S Clubman, BMW 530i, dan hingga Mercedes S 300L.

Dalam kecemasan pula, ahli tidak perlu risau sekiranya terlibat dalam kemalangan. Peranti telematik akan diaktifkan dan pasukan kecemasan akan bergegas ke lokasi untuk memberikan bantuan yang sewajarnya.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here