Budak lelaki dengan koleksi 7,000 model supercar versi mainan

3147

Cinta kepada dunia automotif bukan sahaja boleh ditonjolkan dengan pengumpulan kereta, tetapi sesetengah orang juga kadang-kadang memilih untuk mengumpul model supercar versi mainan atau versi die cast.

Peminat hobi automotif juga bukan sahaja orang dewasa. Ia juga mungkin boleh ada pada kanak-kanak, seperti seorang kanak-kanak lelaki berdarah Vietnam, Bentley Phi Tran, yang kini tinggal di Amerika Syarikat.



Budak lelaki berusia 6 tahun itu sangat menyukai supercar lantaran bapanya juga terlibat dalam dunia automotif. Bentley kini mempunyai lebih daripada 7,000 model supercar mainan.

Terdapat pelbagai saiz pada die cast milik Bentley. Bermula dari saiz 1:64, 1:24, 1:18, hingga 1:16. “Bentley boleh membaca jenama kereta sejak berusia 2 tahun, walaupun sebutannya tidak jelas,” kata bapa Bentley, Long Tran.

Die cast supercar milik Bently bermula dari Lamborghini, Ferrari, bahkan Bugatti Chiron. Long Tran mendedahkan bahawa anak lelakinya suka akan dua Lamborghini kuning, Urus dan Huracan Perfomante. Di samping itu, Bentley juga suka akan model LaFerrari kerana ia adalah yang paling mahal dan paling jarang.

Rata-rata, supercar versi mainan milik Bentley telah dibeli dengan harga USD5 (RM20). Jumlah wang yang dibelanjakan untuk mengumpul ribuan model supercar adalah lebih dari USD35,000 (RM146,615).

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here