Kereta elektrik Lamborghini dijangka berbentuk sedan, pesaing Porsche Taycan?

1345

Selepas melancarkan supercar hibrid pertamanya, Lamborghini juga dikhabarkan akan memperkenalkan kereta elektrik mereka yang pertama.

Lamborghini dijangka akan perkenalkan kereta elektrik

Ketua pegawai teknikal Lamborghini, Maurizio Reggiani menjelaskan bahawa ia mungkin menggunakan platform sedia ada yang dimiliki oleh Volkswagen Group. Maksudnya, ia mungkin menggunakan Platform PPE yang dibangunkan oleh Porsche dan Audi dan serupa dengan platform Porsche Taycan J1 dan Audi e-Tron GT.



Maurizio Reggiani
Maurizio Reggiani

“Jika anda menantikan untuk model keempat dari kami, ini adalah masa yang sesuai untuk kami memperkenalkan kenderaan elektrik penuh” kata Reggiani.

Reka Bentuk 

Menurut beliau, prestasi adalah aspek terpenting dalam penghasilan model terbaru ini. Kami perlu menjadi yang terpantas dan kepantasan itu tidak sama dengan kelajuan supercar dan sportscar. Model keempat ini menjadi sesuatu yang sedikit berbeza, katanya.

Jika Volkswagen memberi laluan kepada Lamborghini untuk menghasilkan kereta elektrik penuh, kereta itu akan menjadi alternatif kepada Porsche Taycan dan Audi e-Tron GT.

Walaupun begitu, reka bentuk model terbaru ini tidak dapat diubah secara drastik dan terikat dengan perjanjian SUV yang mewajibkan sesebuah kereta baru perlu diterapkan konsep Estoque terhadapnya. Konsep ini pernah diperkenalkan pada 10 tahun lalu.

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here