Nissan Note Nismo Black Limited, hanya untuk Jepun

2234

Edisi terhad Nissan Note Nismo Black adalah model yang terbaru dalam senarai model JDM yang tidak dipasarkan ke seluruh dunia.

Jentera ini dikatogerikan dalam 3 pakej iaitu, Note e-Power Nismo, Note e-Power Nismo S, dan Note Nismo S. Pakej ini direka untuk memberi Note Nismo  penampilan yang lebih sporty dengan disertakan stripe hud hitam, bumbung hitam, serta unsur luaran bewarna hitam termasuk antena sirip jerung, spoiler bumbung, dan cermin sisi.



Note Nismo Black Limited hanya boleh didapati dengan dua warna luaran iaitu Brilliant White dan Dark Metal Grey. Pakej Black Limited juga memberi pembeli beberapa pilihan seperti lampu LED, Intelligent Cruise Control (tidak termasuk Note Nismo S), dan sistem navigasi.

 

Memandangkan ini adalah penampilan dan pakej yang terhad, bahagian mekanikal pada jentera ini tidak diubah. Note e-Power Nismohibrid menguasakan 109hp dan 253Nm tork dari enjin 1.2-liter tiga-silinder yang dikuasakan oleh bateri 1.5-kWh kecil. Versi e-Power Nismo S menawarkan 320Nm tork dari versi powertrain hibrid yang dinaik taraf.

Bagi Note Nismo S bukan hibrid, ia dikuasakan oleh enjin petrol empat silinder yang menghasilkan 138hp dan 163Nm tork. Setelah pamerannya pada Tokyo Motor Show akhir bulan ini, model edisi khas ini akan dijual di seluruh Jepun pada bulan November dengan harga permulaan sekitar 2,682,900 yen (kira-kira RM104,720) untuk Nissan Note Nismo Black.

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here