Lamborghini Sián, supercar hibrid pertama syarikat itu

2096

Lamborghini Sián telah membuat kemunculan online-nya, mendedahkan rekabentuk menakjubkan dengan prestasi impresif.

Kemunculan ini adalah lebih awal dari premiere rasmi yang akan dibuat di Frankfurt Motor Show 2019 minggu depan.



Supercar ini dipacu oleh enjin naturally-aspirated 6.5-liter V12 yang juga digunakan oleh Aventador SVJ. Tetapi pada Sian, enjin ini ditemani oleh sistem hibrid 48-volt yang menambah sekitar 34hp, menjadikan jumlah output sebanyak 819hp.

Ini seterusnya menjadikan Sián sebagai model produksi Lamborghini paling berkuasa pernah dihasilkan. Ia merampas takhta itu dari Aventador SVJ yang berkuasa 770hp.

Semua kuasa itu dialirkan ke semua roda melalui transmisi automatik 7-kelajuan dengan gaya penukaran gear adaptif mengikut mod pemanduan. Sistem pacuan semua-rodanya mendapat pembeda mekanikal belakang dengan self-locking.

Walaupun kuasanya lebih dari SVJ, angka pecutan 0-100km/j adalah serupa, iaitu 2.8 saat. Kelajuan maksima pula ialah 450km/j.

Walaubagaimanapun, Sián lebih pantas dari SVJ untuk pecutan 30-60km/j dan 70-120km/j – masing-masing sebanyak 0.2 dan 1.2 saat.

Dari segi rekabentuk, boleh dikatakan bahawa Sián memperoleh kebanyakan elemen rekabentuknya dari Terze Millennio.

Walaupun tidaklah begitu dramatik seperti model konsep itu, ia tetap mampu menarik perhatian dengan garisan-garisan agresif dan bersegi. Sebuah gaya supercar sempurna.

Di belakang pula anda akan dapat lihat enam lampu belakang LED heksagonal dengan mengambil bentuk ekzosnya. 

Dan jika anda tertanya-tanya mengenai lencana “63” pada sirip jerung gentian karbon kecil di belakang itu, ia menandakan bilangan yang akan dihasilkan oleh Lamborghini.

Hanya 63 pelanggan bertuah akan mendapat peluang membeli Sián pada harga permulaan USD3.6 juta (RM15.15 juta). Mereka akan dapat meng-kustom kereta mereka melalui program istimewa kilang Lamborghini untuk menjadikan kereta mereka lebih unik.

Oh ya, semua 63 unit dah habis dijual.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here